Loading...

Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan

Loading...
Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan
link : Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan

Baca juga


Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan

 
Pengarah komunikasi strategik BN itu mengulangi 3 soalan yang dikatakan belum dijawab menteri besar Selangor.

rahman-dahlan-tanah-ijok


PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata ada persoalan tentang kes tanah di Ijok yang masih belum djawab Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata Azmin masih belum menjelaskan mengapa pentadbirannya bersetuju untuk membatalkan kes itu walaupun ada peluang mahkamah akan memihak kepada kerajaan negeri.

“Persoalannya senang sahaja, kenapa nak mengaku kalah dalam Mahkamah Persekutuan sedangkan peluang untuk menang amat cerah dan kalau kerajaan negeri menang maka RM1.18 bilion itu akan dapat kepada kerajaan negeri.

“Keduanya, pampasan yang diberikan itu tidak munasabah. Sebab nilai tanah itu dah tinggi sekarang ini dan dia masih lagi meletakkan pampasan itu berdasarkan kadar yang lama.

“Ketiganya kita nak tahu mana perginya baki duit itu. Kenapa nak bagi kepada orang tengah? Sedangkan orang tengah itu dah gagal dalam membina perumahan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Rahman mempersoalkan keputusan Azmin menyerahkan semula tanah bernilai tinggi di Ijok, Selangor kepada 2 syarikat. Menurut beliau, tanah tersebut dirampas oleh pentadbiran Selangor lalu kerana pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

Rahman berkata keputusan Azmin menghairankan kerana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada tindakan kerajaan negeri merampas tanah tersebut. Menurut beliau, kes dibatalkan ketika ia di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Azmin seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada 2 syarikat itu.”

Pejabat menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata meskipun keputusan mahkamah memberikan kebenaran untuk merampas tanah itu, kerajaan negeri perlu membayar pampasan ratusan juta ringgit kepada 2 syarikat terbabit dan pihak bank.

Sementara itu, Rahman berkata pihaknya tiada masalah sekirannya penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat keputusan untuk menyaman beliau berkaitan isu ini.

Sebelum ini, Rahman dalam kenyataan media mendakwa Khairuddin mempunyai jawatan dalam syarikat terlibat.

“Samanlah, kita tak ada masalah. Kita tahu apa yang kita cakap. Khairuddin ini saya tak nak layan dia sebab dia ini seorang manusia yang tak boleh rasional. Tengok lah cara dia menjawab,” katanya.




Thus Article Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan

Itulah artikel Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/tanah-ijok-azmin-tak-jawab-soalan-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanah Ijok: Azmin tak jawab soalan, kata Rahman Dahlan"

Catat Ulasan

Loading...