Loading...

Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS

Loading...
Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS
link : Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS

Baca juga


Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap status mesyuarat agung tahunan (AGM) PPBM masih diteruskan, kata Ketua Pengarahnya Surayati Ibrahim.
 
Ujar beliau lagi, pihaknya tidak mempunyai jangka masa khusus bagi menyelesaikan siasatan berkenaan.
 
"Siasatan membabitkan beberapa isu antaranya dakwaan AGM itu tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti, selain laporan diterima berhubung penubuhan sayap Pemuda dikenali Armada.
 
"Kita sudah mendapatkan keterangan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
 
"Bagi pemimpin tertinggi parti itu, kita akan lihat keperluan sama ada perlu dipanggil atau tidak.
 
"Oleh kerana banyak isu perlu disiasat, kita memerlukan sedikit masa.
 
"Ini berbeza dengan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mana siasatan hanya membabitkan satu isu iaitu isu pemilihan CEC itu," katanya seperti dilaporkan BH Online.
 
30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
Susulan itu, AGM berkenaan mendapat bantahan pemimpin pelbagai peringkat parti itu, apabila dikatakan ia tidak mengikut perlembangaan parti.
 
Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn pada awal Januari, membuat laporan kepada RoS dan menggesa siasatan dilakukan terhadap parti itu.
 
Amerus turut mendakwa kononnya AGM PPBM 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
 


Thus Article Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS

Itulah artikel Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/siasatan-terhadap-ppbm-masih-berjalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siasatan terhadap PPBM masih berjalan - RoS"

Catat Ulasan

Loading...