Loading...
Tajuk : Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
link : Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Cikla rasa siapa yang mengikuti cerita cikla kisah si pesakit tiroid ni mesti tau kot yang cikla baru je selesai menjalani rawatan radioiodin dos rendah, 10 mci yang berakhir Selasa lepas. Walaupun dos rendah, tapi tempoh kuarantin tetap sama juga iaitu 8 hari bertapa di bilik kuarantin. Hihi. Tapi, kita oklah sebab tak payah admit ward kan. Kuarantin kat rumah je, itu yang best tu. So, cikla saje nak share pengalaman RAI cikla kali ni.
Sebelum tu, sukalah kiranya cikla nak ulang yang bukan semua pesakit tiroid kena jalani rawatan RAI ni. Rawatan ini hanya di cadangkan untuk pesakit kanser tiroid macam cikla ni dan pesakit hipertiroid yang telah mengambil ubat dalam tempoh masa yang lama tapi bacaan hormon masih tak ok. Walaubagaimanapun, untuk pesakit kanser tiroid ada jugak sesetengah kes yang mana ia ‘tak lut’ dengan rawatan RAI ni. So, bagi pesakit sebegini doktor akan suggest cara lain yang lebih berkesan.
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
Alhamdulillah, selepas minum iodin pada Selasa lepas, kesannya takdelah teruk sangat. Cikla rasa ni ok je, dan takde pulak alami kesan yang pelik-pelik. Mungkin sebab dos tak tinggi kot. Tapi, rasa lebih still ada sikit-sikit mungkin sebab cikla baru on balik thyroxine selepas hampir sebulan lebih ‘berpisah sementara’ dengannya. Mungkin ambil masa nak dapatkan balik energy sebelum stop thyroxine tu. Doktor ada cakap dengan cikla, selepas wbs (whole body scan), dah boleh mula balik thyroxine dan dah boleh makan balik macam biasa. Senang cakap, low diet iodine it’s over. Bolehlah nak mkn ubi rebus ke, keledek goreng ke, mee goreng mamak ke... #ehh tapi kenalah beringat, semuanya perlu sederhana....
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... Sumber Google. |
Untuk pengetahuan korang, selepas 4 hari minum iodin, pada hari Jumaat cikla kena pergi ke IKN semula untuk melakukan scan satu badan atau WBS. Alhamdulillah, result WBS sangat positif. Nampaknya di bahagian leher dah clear sebab dah takde sisa kelenjar tiroid yang tertinggal. Cuma bacaan TG (Thyroglobulin) je still pending memandangkan result TG ni memang akan dapat lambat, paling-paling pun sebulan. Nanti appointment di Hospital Putrajaya pada bulan 3 tahulah berapa bacaan TG yang latest tu. Kalau korang nak tau, TG tu adalah untuk melihat keberkesanan rawatan kanser tiroid. Selagi bacaan TG tak cantik, ini bermakna masih ada sel kanser lagi, walaupun result scan WBS clear.
So, untuk next rawatan, doktor suggest untuk buat sekali lagi rawatan RAI ni insha'Allah penghujung Julai 2018 dengan dos rendah 10 mci untuk confirmkan betul-betul sudah clear. Then, lepas tu kalau rezeki cikla mmg betul-betul sudah clear, baru doktor akan discharge dari rawatan. Selepas itu, just observe untuk bacaan TFT (darah) dan TG je. Doktor ada beritahu cikla, sepatutnya kalau kita sudah clear WBS, bacaan TG adalah semakin menurun. If not (mungkin bacaan TG tinggi), mungkin ada sel kanser di tempat lain yang mungkin tak intake di iodin yang diminum. Nauzubillah. Mintaklah dijauhkan. Kalau itu berlaku, doktor mungkin akan suggest cara lain, mungkin PET SCAN untuk result lebih detail dan mendalam.
![]() |
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... Sumber Google. |
Jangan mudah putus asa...
Nasihat cikla, kepada kawan-kawan senasib yang nak RAI macam cikla tak kiralah dos rendah ke tinggi ke (terutama yang kanser), jangan mudah putus asa. Banyakkan berdoa, ikut apa yang doktor suggest. Kalau tiba masa berpantang low diet iodine tu, berpantanglah betul-betul supaya iodin yg kita minum tu nanti betul-betul berkesan membunuh dan menyahkan sel-sel yang tertinggal tu. Kanser bukan pengakhiran hidup, tapi jadikan ia sebagai penguat semangat untuk kita terus kuat dan kuat demi tersayang. Kita berhak berusaha, tapi jangan lupa berdoa kerana DIA jua yang Maha Menyembuhkan....
Berdebar tunggu nak tunggu result TG pulak. Korang doakan cikla ye. Semoga baik-baiklah hendaknya. AMIN....
Thus Article Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
Itulah artikel Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/selepas-hampir-2-minggu-selepas-minum.html
0 Response to "Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)..."
Catat Ulasan