Loading...
Tajuk : Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin
link : Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin
Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin
BERNAMA
Rundingan berhubung kerusi Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14 di Selangor masih berjalan, kata pengerusi PH negeri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau berharap rundingan itu dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), AMANAH dan DAP dapat diselesaikan secepat mungkin.
Beliau menyifatkan rasa tidak puas hati PPBM berkaitan rundingan itu sebagai perkara biasa di mana parti-parti berkenaan bebas memberikan pendapat masing-masing.
“Ia (demokrasi) adalah proses kecoh dan kita harus membenarkan mereka menyatakan pandangan. Sebab itu dari awal lagi saya katakan kalau kita dapat menyelesaikan usaha itu sekurang-kurangnya 80, 90, atau 95 peratus, ia adalah kejayaan besar.
“Tetapi jika ada kerusi, barangkali kurang daripada lima peratus yang perlu dirundingkian, kita harus benarkan proses itu kerana kita hendak menang, katanya kepada pemberita selepas satu majlis konvokesyen di sini semalam.
Ketua penerangan PPBM Sallehudin Amiruddin berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pengumuman PH Selangor bahawa 35 daripada 56 kerusi di Selangor telah diputuskan.
Sallehudin berkata PPBM mengintai 12 kerusi Umno negeri, tetapi mendakwa kerusi itu telah diberikan kepada PKR.
Thus Article Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin
Itulah artikel Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/rundingan-kerusi-di-selangor-masih.html
0 Response to "Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan, kata Azmin"
Catat Ulasan