Loading...

Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !

Loading...
Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !
link : Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !

Baca juga


Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri di Taman Duta berbanding kediaman rasmi kerajaan di Seri Perdana yang lebih besar.
Berucap di mesyuarat agung Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), isteri Perdana Menteri itu memetik perbualannya dengan Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa.
“Tan Sri tanya saya, saya datang dari mana, saya kata saya datang dari rumah Taman Duta, Kuala Lumpur. Walaupun rumah di Seri Perdana sebelah bangunan ini, kalau saya duduk di sini 2 minit sampailah.
“Sebab saya duduk di Kuala Lumpur 30 minit baru sampai. Saya jarang-jarang duduk di sini Tan Sri, sebab ia bukan seperti rumah sendiri. Rumah ini besar tapi saya selesa duduk di rumah saya sendiri di Taman Duta.”
Seri Perdana dibina ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, di kemuncak kegawatan ekonomi 1997.
Ia menjadi antara bahan kempen pada pilihan raya umum 1999, setahun selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kabinet yang mencetuskan gerakan reformasi. Pembangkang ketika itu mempersoalkan kos pembinaannya yang dikatakan mencecah sehingga RM200 juta.
Kompleks tersebut dibina di atas tapak seluas 42.5 ekar, dan merupakan antara mercutanda pusat pentadbiran itu.
Rosmah berkata beliau lebih senang tinggal di rumahnya sendiri kerana tidak mahu “berpindah randah”.
“Kita perempuan banyak barang nak dibawa,” katanya.
Dalam ucapannya, Rosmah berkata kedudukan dan pencapaian wanita Malaysia di tahap lebih baik berbanding negara lain.
“Kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan perihatin dengan isu yang berkaitan wanita dan tidak sesekali mengabaikan kaum wanita dalam merangka dasar-dasar pembagunannya,” katanya.
Ia merupakan kali kedua bulan ini Rosmah mengajak wanita untuk menyokong gabungan politik diketuai suaminya,
Minggu lalu, Rosmah ketika berucap di sebuah majlis anjuran Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau Felcra, menyeru peneroka wanita supaya menolak “dakyah pembangkang”.
“Kalau mereka cakap bukan-bukan, kita tutup telinga. Kalau mereka cakap dekat kawan kita, kita suruh mereka tutup telinga. Percayalah kepada kebolahan BN untuk memerintah negara bersama-sama,” katanya. #sumber



Thus Article Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !

Itulah artikel Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/rosmah-saya-lebih-selesa-tinggal-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rosmah: Saya Lebih Selesa Tinggal Di "Rumah Sendiri", Bukannya Seri Perdana !"

Catat Ulasan

Loading...