Loading...

Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin

Loading...
Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin
link : Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin

Baca juga


Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin



Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin



Polis Terengganu menahan lima anggota ‘Geng Anak Jin’ yang aktif dalam kes pecah rumah di sekitar Daerah Marang dan Kuala Terengganu sejak Disember lepas hinggal awal Januari lalu.

Kesemua suspek berjaya ditahan di sekitar Marang bermula 19 Dis hingga 4 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata kesemua suspek berumur 16 hingga 47 tahun dan empat daripadanya adalah lelaki dan seorang wanita berumur 23 tahun.

Kumpulan ini terbabit dalam sembilan kes di Marang dan satu di sini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas sebuah kamera jenama Canon EOS 5D MARK II, lensa jenama Canon 24-70 dan16-35mm, Speedlite jenama Canon dan satu bateri Canon LP.E6.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Fazlisyam berkata seorang lelaki bersama teman wanitanya, masing-masing berusia 29 tahun, ditahan ketika cuba melarikan kenderaan jenis Honda BRV selepas memecah masuk sebuah rumah di Bukit Payung, Marang, kelmarin.

Beliau berkata pasangan kekasih itu ditahan di daerah Besut pada jam 1 tengah hari selepas polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.51 pagi.

Semasa tangkapan dilakukan, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang merupakan anak kepada suspek wanita turut ditemui bersama mereka dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan, kata Fazlisyam.

Selain kereta tersebut, polis turut menjumpai laptop jenis Asus, tablet jenis HP, tiga unit telefon bimbit jenama Nokia dan Yes dan notebook jenama Topit dalam kenderaan tersebut.

Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau yang mana suspek lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod kesalahan dan wanita tersebut mempunyai satu rekod kesalahan lampau serta positif dadah.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, katanya



Thus Article Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin

Itulah artikel Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/polis-tahan-lima-anggota-geng-anak-jin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin"

Catat Ulasan

Loading...