Loading...

PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz

Loading...
PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz
link : PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz

Baca juga


PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR tidak tamak sehingga mahu menuntut jumlah kerusi DUN paling banyak di Kelantan, namun permintaan parti itu dibuat seiring dengan kemampuan yang dimiliki, tegas Pengerusi negerinya, Abdul Aziz Abdul Kadir.   
 
Abdul Aziz berkata, PKR pada ketika ini mempunyai 'kekuatan yang setara' dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan Harapan (PH), justeru permintaan yang dibuat parti itu masih munasabah, apatah lagi ia merupakan antara parti senior dalam gabungan berkenaan. 
 
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan seorang ahli akar umbi PKR yang mengatakan parti itu tidak sepatutnya tamak menuntut kerusi DUN di Kelantan, lantaran parti itu merupakan anggota paling lemah dalam PH. 
 
"Mungkin dia tengok bendera kita tak banyak...kalaulah bendera dan bilangan jentera semasa pelancaran yang dijadikan ukuran, saya nafikan 100 peratus dakwaan tersebut," katanya kepada Antarapos.
 
"(Kekuatan) setara dengan parti-parti lain (dalam PH). Dan sekarang kita kena ingat, kita bertanding atas nama PH, jadi tak boleh 'underrate' (pandang rendah) sana sini, kena sama-sama usaha," katanya lagi.
 
Terdahulu, seorang pemimpin akar umbi PKR, Ahmad Syauqey Abdul Ghani yang dipetik FMT berkata, PKR adalah anggota paling lemah dalam kalangan PH di Kelantan, kerana 'ketinggalan' dari aspek kekuatan jentera pilihan raya dan juga sokongan kewangan. 
 
Justeru dakwanya, dengan 'kekangan' sedemikian, PKR selayaknya bertanding paling banyak empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen berdasarkan prestasi parti itu di negeri berkenaan. 
 
Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, pandangan yang disuarakan pemimpin berkenaan hanya 'mengikut perasaan' dan tidak berlandaskan perkiraan sebenar situasi terkini. 
 
"Kalau sebelum ini kita banding dengan PAS, mereka kerajaan negeri. Umno pula kerajaan pusat. Tapi sekarang ini kita punya jentera. 
 
"Kita datang, masa Keadilan (PKR) ditubuhkan 1999, PAS dah ada kerajaan di Kelantan, jadi takkan kita nak minta kerusi banyak sebab dia dah ada wakil rakyat, takkan kita nak minta tempat wakil rakyat dia...kita boleh terima lima kerusi. 
 
"Tapi ini sekarang, kita umpama membina rumah, kita mahu bersama-sama membina rumah yang belum ada lagi. Seboleh-bolehnya, (PKR minta) sembilan atau sepuluh, itu yang paling tinggi," katanya lagi.    
 
Dalam pada itu ujarnya, PKR bersifat lapang dada sungguhpun diperuntukkan dua kerusi Parlimen, berkurang daripada tiga yang diperuntukkan sebelum ini, sekaligus membuktikan mereka tidak tamak.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, PKR bertanding lima kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. Bagaimanapun parti itu hanya menang di Guchil di peringkat negeri, manakala tewas di ketiga-tiga kerusi Parlimen yang ditandinginya.
 
Mengulas mengenai rundingan kerusi di Kelantan, Abdul Aziz berkata ia masih dalam proses, dan keputusan sama ada ia akan dimuktamadkan di peringkat negeri atau perlu dibawa ke peringkat pusat diserahkan sepenuhnya kepada Pengerusi PH negeri, Husam Musa. PKR




Thus Article PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz

Itulah artikel PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pkr-tak-tamak-punya-kekuatan-setara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR tak tamak, punya kekuatan setara Amanah-PPBM, dakwa Abdul Aziz"

Catat Ulasan

Loading...