Loading...

PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor

Loading...
PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor
link : PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor

Baca juga


PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLANG: PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14, kata naib presiden parti itu, Dr Xavier Jayakumar.
 
Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.
 
"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar semalam. 
 
Dr Xavier berkata, PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi  di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.
 
"Ada beberapa  pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan  bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri Besar adalah  daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya dipetik Bernama.
 
Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi DUN dan memenangi 14 daripadanya.
 
Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.
 
Sementara itu, Mahathir yang juga pengerusi PPBM ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata,  beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden PPBM, akan bertanding kerusi DUN di Selangor.
 
"Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar  Kedah, akan bertanding di Selangor.
 
Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan Amanah Selangor di negeri itu, Dr Mahathir berkata,  ia perlu diselesaikan secara dalaman.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim terhadap Mohamed Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.
 
Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa  Amanah Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi DUN dibentuk  oleh PH.
 
Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi DUN itu.
 
 


Thus Article PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor

Itulah artikel PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pkr-mahu-tanding-semua-21-kerusi-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor"

Catat Ulasan

Loading...