Loading...

Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari

Loading...
Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari
link : Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari

Baca juga


Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari

 
Kemaskini mingguan oleh kerajaan tentang pencarian MH370 tidak menyebut tentang tempoh antara 1-4 Februari di mana sistem jejak kapal pencarian ditutup.


ocean-infinity

PETALING JAYA: Pihak berkuasa membisu tentang sistem jejak kapal Seabed Constructor yang ditutup selama 3 hari semasa mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut akhbar The Guardian, kemaskini minggu kedua pencarian itu yang diterbitkan Putrajaya semalam tidak menyebut tentang tempoh antara 1-4 Februari, di mana sistem pengenalpastian automatik (AIS) kapal itu ditutup.

Kerajaan dan syarikat Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk mencari kapal itu, Ocean Infinity, tidak memberi sebarang penjelasan, tambah laporan itu.

Seabead Constructor dilaporkan “terputus hubungan” selama 80 jam minggu lepas selepas AIS kapal itu tertutup secara misteri.

Peristiwa itu mencetuskan spekulasi di dunia maya, di mana sesetengah orang mencadangkan penjejak kapal itu mengalami kerosakan dan ada pula yang mendakwa kapal itu melencong untuk mengambil harta karun yang terbenam.

Kapal itu memulakan pencarian pada 22 Januari, dalam apa yang dipanggil usaha terakhir untuk mengesan MH370.

Dalam perjanjiannya dengan Malaysia, Ocean Infinity akan dibayar sehingga AS$70 juta (RM280 juta) sekiranya mereka menemui MH370 dalam tempoh 90 hari.

MH370 hilang pada Mac 2014 dalam perjanjian dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang.

Operasi pencarian terbesar dan paling mahal dalam sejarah penerbangan moden gagal menemui bangkai pesawat.



Thus Article Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari

Itulah artikel Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pihak-berkuasa-membisu-pencarian-mh370.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pihak berkuasa membisu pencarian MH370 terputus hubungan 3 hari"

Catat Ulasan

Loading...