Loading...

PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor

Loading...
PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor
link : PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor

Baca juga


PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rundingan agih kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor kini diambil alih PH Pusat dan ia dijangka diselesaikan pada minggu depan.
 
Ujar Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata buat masa ini jawatankuasa rundingan kerusi peringkat nasional sedang menyelesaikan agihan bertindih negeri-negeri lain terlebih dahulu dahulu.
 
PH Pusat kini sedang meneliti tuntutan bertindih di negeri Terengganu dan Pahang.
 
"Rundingan kerusi minggu ini, sekarang ini peringkat nasional sudah ambil alih. Minggu ini, semalam Terengganu, Pahang, Perak. Ini hari Kelantan dan Melaka, Pulau Pinang. Habis itu baru Selangor. 
 
"Isnin lepas, hari Isnin. Dia dah mula bincang, tetapi dia mula negeri lain dahulu. Selangor ini terakhir. Itu yang lambat sikit Selangor ini. Bincang negeri Terengganu dan Pahang dahulu. Yang selesai setakat ini ialah, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah. Semalam, Pahang dan Terengganu hampir selesai. Jadi hari ini Kelantan dengan Melaka. Pulau Pinang pun tak banyak, jadi patut okay dalam sehari dua ini. Lepas itu, baru Selangor.
 
"Selangor besar kemungkinan minggu depan minggu baru masuk. Mereka nak selesaikan negeri-negeri lain dulu," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Katanya, rundingan peringkat nasional dibuat menerusi jawatankuasa rundingan kerusi peringkat nasional yang diwakili parti komponen PH, sepertimana rundingan kerusi Parlimen yang dimuktamadkan gagasan itu sebelum ini.
 
"Tidak. Majlis Presiden akan bagi arahan saja, rundingan kerusi ini memang mereka orang yang sama dulu bincang kerusi Parlimen pun mereka juga. Dia ada pasukan dia. Mereka akan laporkan kepada Majlis Presiden lah," jelasnya. 
 
Beliau juga optimis kemelut agihan kerusi PH Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan selesai minggu depan.
 
"Saya rasa boleh selesai. Saya rasa dah banyak perbincangan kita sudah buat, boleh selesai dalam minggu depan. Selesai, insyaAllah," katanya.
 
Minggu lalu Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh sehingga Jumaat lepas kepada PH di tujuh negeri untuk menyelesaikan agihan kerusi DUN dan jika gagal berbuat demikian, Majlis Presiden PH (MPPH) akan mengambil alih rundingan itu.
 
Namun, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH Selangor diberi lebih masatempoh sehingga Isnin (26 Februari) bagi menyelesaikan rundingan itu. 
 
Rundingan agihan kerusi PH di Selangor sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan pertikaian antara keempat-empat parti komponennya. 
 
Kerusi yang menjadi pertikaian hangat parti komponen PH Selangor adalah 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN), dan 13 kerusi milik PAS. 
 
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 13 kerusi, DAP (14) dan Amanah (2). PAS mempunyai 13 kerusi dan Umno 12 kerusi. 




Thus Article PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor

Itulah artikel PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/ph-pusat-ambil-alih-rundingan-agih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor"

Catat Ulasan

Loading...