Loading...

Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Loading...
Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor
link : Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Baca juga


Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

 
 


SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri
menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

“Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya,” katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana,” katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan terbabit.

“Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.

“Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah,” katanya – AP



Thus Article Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Itulah artikel Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pelik-azmin-ali-tak-balas-sms-saya-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor"

Catat Ulasan

Loading...