Loading...
Tajuk : PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN
link : PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN
PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN
ANTARAPOSPERMATANG PAUH: PAS Pulau Pinang bercadang untuk bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menurut Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof.
Bagaimanapun beliau berkata keputusan sama ada PAS Pulau Pinang akan bertanding di 20 kerusi itu atau sebaliknya, akan ditentukan PAS pusat.
"Cadangan kita akan diambil kira sama ada berkurangan atau berlebihan (kerusi). Kita kemukakan kepada pusat 20 kerusi DUN, maknanya nanti PAS akan fikirkan sama ada 20 kerusi atau pun kurang lagi, kerana mengambil kira rakan-rakan kita dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Gagasan Sejahtera," katanya.
Beliau ditemui selepas program Amanat PRU14 Presiden PAS Abdul Hadi Awang "PAS Tawan Permatang Pauh" di Bukit Mertajam, malam tadi.
Ditanya mengenai 20 kawasan itu dan calon yang akan bertanding, beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kepada media bila tiba masanya.
"Kita sekarang masih lagi dalam perbincangan untuk letakkan calon PAS yang terbaik kepada rakyat di Pulau Pinang," katanya.
Terdahulu, Hadi mengumumkan PAS akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan tiga DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti pada PRU14.
Pada PRU13, PAS bertanding di dua kerusi Parlimen (Kepala Batas dan Tasek Gelugor) dan enam kerusi DUN (Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Acheh dan Bayan Lepas).
PAS hanya memenangi satu kerusi DUN Permatang Pasir, disandang oleh Mohd Salleh Man yang juga wakil tunggal PAS di Pulau Pinang.
Thus Article PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN
Itulah artikel PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pas-pulau-pinang-mahu-tanding-20-kerusi.html
0 Response to "PAS Pulau Pinang mahu tanding 20 kerusi DUN"
Catat Ulasan