Loading...

PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14

Loading...
PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14
link : PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14

Baca juga


PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan hari ini memaklumkan parti itu sudah menyenarai-pendek lima calon bagi setiap kerusi di negeri itu untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dalam satu kenyataannya berkata, senarai tersebut dibuat berdasarkan kajian yang melibatkan cadangan daripada jawatankuasa PAS disetiap peringkat.
 
Katanya, senarai calon tersebut kini hanya tinggal dalam proses untuk mendapatkan persetujuan Majlis Syura Ulama sahaja.
 
"Setakat ini kita hanya menyenarai pendek kan nama 5 calon bagi setiap kerusi berdasarkan Kajian Awal Pilihanraya (KAP) yang melibatkan cadangan oleh jawatankuasa PAS disetiap peringkat sehinggalah pimpinan peringkat Cawangan. 
 
"Nama-nama yang dicadangkan itu telah di senarai pendek dan telah diangkat ke Majlis Syura Ulama' untuk mendapat persetujuan.
 
"Senarai calon-calon PAS Kelantan yang telah disenarai pendekkan ini terdiri dari kombinasi orang lama, orang muda, profesional dan Ulama' , lelaki dan wanita dan insyaallah kuat serta teguh dari segi peribadi, disiplin dan kecekalan diri untuk memikul tanggungjawab mentadbir Negeri Kelantan," katanya.
 
Sementara itu, Che Abdullah juga mengumumkan parti itu bakal meletakkan calon di kesemua kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu.
 
Ia sekaligus menolak khabar angin mengatakan partinya itu kini sedang menjalinkan kerjasama erat dengan Umno di Kelantan seperti yang disebarkan sesetengah pihak.
 
"PAS Kelantan memang akan meletakkan calon di semua 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen sekaligus menolak dakwaan bahawa PAS Kelantan akan bekerjasama dengan Umno dalam PRU14," ujarnya lagi.
 
Sebelum ini timbul banyak khabar angin mengatakan kedua-dua parti itu sedang menjalinkan kerjasama bagi menghadapi PRU14, namun dinafikan kedua-dua PAS dan Umno di Kelantan.
 
Namun terbaru, PAS pula mendakwa Umno kini sedang bekerjasama dengan Amanah dalam untuk memastikan parti itu jatuh di Kelantan
 
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa beliau mempunyai maklumat serta bukti mengenai kerjasama antara Amanah dan Umno.
 
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada PRU14.
 
Bagaimanapun Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
 
Manakala Amanah turut menafikan dakwaan berkenaan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar.
 
 


Thus Article PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14

Itulah artikel PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pas-kelantan-senarai-pendek-calon-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Kelantan senarai pendek calon PRU14"

Catat Ulasan

Loading...