Loading...

Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari

Loading...
Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari
link : Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari

Baca juga


Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiada jawatankuasa khas yang ditubuhkan dalam menyelesaikan isu agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri, demikian menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul.
 
Mengambil contoh negeri Kedah, Johari yang juga Penasihat PKR negeri itu menjelaskan, hanya satu jawatankuasa yang digunakan, tidak kira apa jua nama yang diberikan, asalkan jawatankuasa itu mengikut keperluan dan garis panduan yang ditentukan Pusat.  
 
"Sepatutnya tidak berlaku tetapi saya tak tahu apa yang berlaku, mungkin ada perkiraan-perkiraan lain. Tetapi yang pastinya di negeri-negeri lain tiada jawatankuasa khas, maknanya perundingan akan berlaku terus-menerus sehinggalah mencapai kata sepakat bahawa inilah pembahagian kerusi yang telah dipersetujui. 
 
"Satu jawatankuasa telah ditubuhkan, saya yakin sebab itulah arahan telah diberikan kepada kami di peringkat negeri seperti di Kedah dan saya rasa itu juga sedang berlaku (di Selangor). Cuma nama jawatan tu saya tak tahu, kami di Kedah namakan Jawatankuasa Rundingan Kerusi," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang isu pertelagahan agihan kerusi yang berlaku di Selangor, apabila dikatakan wujud dua jawatankuasa dalam menyelesaikan isu berkenaan.
 
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan jawatankuasa khas bagi Selangor dalam menyelesaikan isu agihan kerusi di negeri itu.
 
Namun ia ditolak mentah-mentah oleh Pengerusi PH Selangor yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali apabila menegaskan tiada keperluan untuk menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk tujuan itu.
 
Katanya, Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor yang kini digunakan untuk rundingan agih kerusi mungkin akan ditukar namanya menjadi Jawatankuasa Pengagihan Kerusi, dengan turut mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama.
 
Ketika ditanya mengapa wujud dua jawatankuasa di Selangor, Johari enggan mengulas lanjut mengenainya kerana tidak mengetahui situasi sebenar di negeri pimpinan Azmin itu.
 
"Tetapi yang pasti Kedah belum selesai lagi, jadi bila tak selesai kami angkat ke Pusat jadi Pusat akan tentukan akan berunding lagi. Adalah perkiraan politik Pusat, yang mana di peringkat negeri kami dah buat yang terbaik. 
 
"Tetapi tak wujud pula jawatankuasa khas, jadi mungkin yang dimaksudkan Datuk Azmin ni kenapa ada jawatankuasa khas di Selangor. Tetapi saya tak ada maklumat kenapa dia jadi begitu," ujar beliau lagi



Thus Article Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari

Itulah artikel Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/negeri-lain-tiada-jawatankuasa-khas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Negeri lain tiada jawatankuasa khas selesai isu kerusi - Johari"

Catat Ulasan

Loading...