Loading...

Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar

Loading...
Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar
link : Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar

Baca juga


Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak percaya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan itu kepada pilihan asal parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana menteri mengingatkan Dr Mahathir pernah berkata beliau tidak akan membenarkan seseorang yang “bermasalah moral” menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkongsi pemerhatiannya di blognya hari ini, mengulas tentang kekuatan kepimpinan tertinggi negara sekiranya gandingan Dr Mahathir dan timbalannya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerintah.

“Tun Mahathir dikatakan hanya sementara sahaja, kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Anwar setelah beliau dibebaskan,” kata Najib, merujuk kepada pemenjaraan 5 tahun bekas ketua pembangkang itu atas kesalahan liwat.

“Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.

“Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.”

Anwar dijangka dibebaskan 8 Jun ini, dan perlu menunggu sehingga selesai tempoh 5 tahun hilang kelayakan bertanding atau sehingga peruntukan berkaitan dimansuhkan untuk melayakkan beliau.

Najib meramalkan PKR akan memberontak sekiranya Dr Mahathir tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“Kalaulah Tun Mahathir memilih untuk ‘u-turn’ dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan perdana menteri dan timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka.

“Sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia,” kata Najib.

Perdana menteri berkata 2 senario itu menunjukkan rakyat harus memberi mandat kepada Barisan Nasional bagi memastikan kelangsungan kerajaan yang stabil kerana BN mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan.

“Jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan perdana menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dr Mahathir, 93, sebelum ini dilaporkan berkata beliau hanya mampu bertahan untuk 2 tahun sahaja lagi memandangkan usianya yang lanjut. #sumber


Thus Article Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar

Itulah artikel Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/najib-percaya-mahathir-tak-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib 'Percaya' Mahathir Tak Akan Serahkan Jawatan PM Pada Anwar"

Catat Ulasan

Loading...