Loading...

Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa

Loading...
Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa
link : Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa

Baca juga


Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa




Datuk Ruslan Kassim


Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam.

Ketua Penerangannya Datuk Ruslan Kassim berkata, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching bahawa kes murtad hendaklah di dengar di Mahkamah Syariah dan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk memutuskannya diterima sebagai suatu justifikasi dan pensejajaran kembali aspek penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Katanya dengan keputusan itu ia sekaligus dianggap langkah pemerkasaan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

“Perkasa amat mengalu-alukan keputusan tersebut dan menyifatkannya dibuat tepat pada waktunya kerana sekurang-kurangnya meredakan kegelisahan orang Melayu yang selama ini masih tetap bersabar dengan asakan sentimen kebencian kaum dan agama, khususnya terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang dilakukan oleh segelintir rakyat negara ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai Mahkamah Persekutuan Kuching hari ini, membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam

Keputusan dibuat lima panel hakim dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan selepas meneliti permohonan berkenaan, termasuk hujah berkaitan.

Walaupun Mahkamah Syariah Sarawak tidak memiliki kuasa dalam kes itu, namun isu berkenaan masih tertakluk kepada bidang kuasa diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Permohonan itu dibuat Syarifah Nooraffyza Wan Hosen, Jenny Peter@ Nur Muzdhalifah Abdullah, Mohd Syafiq Abdullah@ Tiong Choo Ting dan Salina Jau Abdullah.

Menurut Ruslan lagi, Perkasa yakin agenda berjadual mereka akan terus dilancarkan bagi mengubah persepsi tentang kedudukan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera sebagai bangsa pentakrif di bumi ini serta membuat justifikasi sembrono mereka dalam hal kesamarataan tanpa mengambil kira faktor keabsahan sejarah, nasab permastautin dan hakikat pemilikan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera terhadap wilayah perpolitikan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Perkasa turut merasa lega dengan penolakan Mahkamah Persekutuan di Kuching terhadap permohonan rayuan empat individu untuk mendapat perisytiharan di Mahkamah Sivil dan menganggap penolakan tersebut sebagai pemulihan dan penegakan kembali perkara-perkara dasar dalam pengurusan tatacara bernegara,” ujarnya.



Thus Article Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa

Itulah artikel Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/murtad-keputusan-mahkamah-tepat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa"

Catat Ulasan

Loading...