Loading...
Tajuk : Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan
link : Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan
Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman 8 bulan penjara ke atas Naib Ketua Pemuda Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang disabitkan di bawah Akta Hasutan berkait kritikannya terhadap penghakiman kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 3 tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah berkata keputusan Mahkamah Sesyen pada Ogos 2016 adalah “selamat dikekalkan”.
Menurutnya, Fakhrulrazi menggunakan loudhailer di perkarangan Sogo di Kuala Lumpur dalam menuduh kerajaan menzalimi Anwar.
“Mahkamah Tinggi ini berpuashati pihak pendakwaan atas penelitian maksima berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana pertuduhan dan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di atas kes pendakwaan yang berjaya dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah,” kata Azman dalam penghakiman ringkas.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman ke atas Fakhrulrazi.
Hakim juga membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.
Peguam Fakhrulrazi, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya akan berhujah di peringkat rayuan bagi menunjukkan ucapan anak guamnya tidak berunsur hasutan.
Fakhrulrazi dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, berhubung ucapannya di perhimpunan #KitaLawan pada 2015.
Selain beliau, 8 aktivis lain termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan pengurusnya Mandeep Singh turut didakwa berkait perhimpunan sama –FMT
Thus Article Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan
Itulah artikel Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/menghasut-hukuman-penjara-terhadap-naib.html
0 Response to "Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan"
Catat Ulasan