Loading...

MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan

Loading...
MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan
link : MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan

Baca juga


MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan


Serangan pemimpin Umno terhadap tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok dengan dakwaan memberi dana kepada parti pembangkang boleh menjejaskan perpaduan kaum, kata MCA.
Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan dalam satu kenyataan berkata tuduhan yang dilemparkan beberapa pemimpin Umno dan Raja Petra Kamaruddin merupakan percubaan menyebarkan kebencian dan perpecahan.
"Mangsa (kepada tuduhan itu) bukan saja Kuok, tapi juga hubungan antara kaum," kata Ong.
Ong turut memetik Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggesa Kuok melepaskan kerakyatan.
"Menteri Pelancongan tidak ada hak meminta mana-mana rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan. Itu bukan bidang kuasanya," katanya.
Ong menekankan Kuok bukan saja ahli perniagaan yang berjaya, tapi juga individu yang banyak berjasa kepada negara.
Sementara itu, jurucakap MCA Ti Lian Ker berkata serangan Nazri terhadap Kuok tidak akan membantu BN dan sebaliknya memberi manfaat kepada DAP.
"Robert Kuok sebagai ahli perniagaan mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti yang beliau mahu.
"Secara peribadi, saya percaya beliau sebagai ahli perniagaan boleh menyokong banyak parti politik dan ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan Harapan.
"Tidak perlu berlebihan sehingga bersikap tidak sopan dalam perkara ini," kata Ti dalam satu kenyataan.
Ti merujuk kenyataan Nazri sebelum ini terhadap Kuok.
Ti menggesa rakan sejawatnya di BN kekal bertenang dan tidak melampaui batas.
Nama Kuok diheret ke dalam politik susulan artikel oleh raja Petra yang menuduh ahli perniagaan itu mendanai DAP dan The Malaysian Insight.
Selain Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut merespons isu ini dengan mendakwa Kuok sebagai tidak kenang budi.



Thus Article MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan

Itulah artikel MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/mca-nazri-tak-ada-hak-minta-kuok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan"

Catat Ulasan

Loading...