Loading...

Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis

Loading...
Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis
link : Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis

Baca juga


Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
  
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan agar mengambil pendekatan berdiam diri daripada membuat kenyataan melulu yang akhirnya boleh memakan diri, kata penganalisis politik, Prof Dr Nasrudin Mohammed. 
 
Nasrudin merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang mengatakan penarikan semula darjah kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini menjadikan anugerah berkenaan seolah tidak lagi bernilai di mata rakyat.
 
"Kata-kata Datuk Mahfuz itu mungkin boleh dianggap sebagai tindak-balas segera (immediate response) kepada apa yang berlaku.
 
"Baik diam, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata dalam hal yang kita tidak tahu sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Antarapos.   
 
Kenyataan Mahfuz itu merujuk kepada keputusan pihak istana Kelantan baru-baru ini yang menarik semula darjah kebesaran Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad; Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah. 
 
Justeru dakwanya, pengurniaan darjah kebesaran tidak lagi bermakna ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.
 
Malah menurut Mahfuz, gelaran dan pangkat yang dipegang oleh pemimpin yang terlibat dalam kleptokrasi akan memberi persepsi yang tidak baik kepada rakyat.
 
Mengulas lanjut Nasrudin berkata, istana mempunyai hak mutlak untuk menarik balik pada bila-bila masa pengiktirafan yang telah diberikan kepada mana-mana individu, kerana percaya institusi tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.
 
"Kita kena ingat bahawa anugerah kurniaan, dan sebagainya ini adalah hak mutlak sultan, ia adalah satu daripada beberapa komponen kerajaan, iaitu institusi diraja atau istana.
 
"Sesiapa pun tidak sepatutnya mempertikaikan kerana kita tidak tahu sebenarnya apa yang menjadi dorongan atau sebab kenapa pengiktirafan itu ditarik balik.
 
 
 
"Masa diiktiraf dan anugerah itu diberi dia (istana) juga tidak memberikan sebab yang terlalu spesifik, paling tidak pun ia dibuat berdasarkan kriteria umum sahaja iaitu sebagai pengiktirafan atas sumbangan individu kepada rakyat negeri, negara, atau juga kepada institusi jadi itu yang berlaku," katanya.
 
Sebelum ini, Mahfuz menyamakan Dr Mahathir yang berusia 93 tahun dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.
 
Bekas pemimpin PAS itu kemudiannya meminta maaf kepada Sultan Pahang dengan ketelanjuran kata-katanya itu walaupun pada awalnya bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
 
"Kita seharusnya memperkasa atau bertunjangkan kepada kesetiaan, penghormatan dan taat setia, itu yang paling penting walaupun mungkin sesuatu perkara itu tidak senang di mata kita dan menyakitkan hati tetapi terimalah itu sebagai apa yang telah dilazimkan dalam sistem untuk kita mewujudkan kesejahteraan," ujar Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM itu.
 
 


Thus Article Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis

Itulah artikel Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/mahfuz-patut-berdiam-diri-dari-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahfuz patut berdiam diri dari buat kenyataan melulu - penganalisis"

Catat Ulasan

Loading...