Loading...

Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar

Loading...
Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar
link : Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar

Baca juga


Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar

ISMA WEB
 



Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI – Cadangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk melarang beberapa jenis makanan, terutama yang siap diproses daripada dijual di kantin sekolah, dianggap wajar.

Pakar Pemakanan dan Nutrisi, Shazamawati Zam Hashari berkata, ini kerana makanan yang sudah siap diproses mengandungi bahan perisa dan garam yang tinggi.

Beliau menjelaskan, makanan seperti itu tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar dan boleh mengganggu sistem biokimia badan.

“Anak-anak yang sedang membesar memerlukan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat bagi melancarkan pertumbuhan mental, fizikal dan emosi mereka dengan baik.

“Saya mengesyorkan supaya semua pengusaha kantin sekolah diberi tunjuk ajar oleh pihak kerajaan supaya mereka tahu bagaiman penyediaan makanan yang baik bagi pembesar anak-anak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan, terdapat 13 jenis makanan yang dilarang di bawah peraturan baru oleh Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan berkata, makanan ini diharamkan daripada dijual di kantin sekolah kerana kandungan lemak dan garam yang tinggi dan tidak sihat untuk kanak-kanak.

Antara lain di kalangan 13 makanan yang dilarang adalah makanan laut, kentang goreng, burger, nugget, ikan sate, kerepem, keropok, gula-gula, coklat, buah jeruk seperti mangga, mi segera, minuman 3-in-1, kopi dan teh.



Thus Article Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar

Itulah artikel Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/larang-jual-makanan-siap-diproses-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar"

Catat Ulasan

Loading...