Loading...

Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam

Loading...
Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam
link : Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam

Baca juga


Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam

OLEH SYAZWANI SUFIAN




SHAH ALAM: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merangka untuk memperkenalkan Kelas Hafazan Al-Quran Dewasa dalam pengajian bersijil sebagai langkah memenuhi kewajipan fardhu kifayah.

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya berkata, kelas itu akan menjadi salah satu program pengajian bersijil yang sedang dilaksanakan untuk masa akan datang bagi memperluaskan bidang itu.

Katanya, sehingga kini terdapat empat pengajian yang sedang dilaksanakan pihak masjid antaranya Pengajian Talaqi Al-Quran, Pengajian Taranum, Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Syariah.

“Perkara itu dirancang selepas melihat sambutan yang menggalakkan daripada jemaah pelbagai peringkat usia yang mengikutinya.

“Dalam majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil kali ke-17 ini juga, kita meraikan pelajar yang berjaya menghafal 30 helai Al-Quran bersamaan tiga juzuk dengan mengikuti sistem hafazan dan ulangan daripada tenaga pengajar yang pakar,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil kali ke-17 sesi 2017, di Grand Ballroom, Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Farhan berkata, masjid bukan sahaja berfungsi untuk solat dan berzikir tetapi ia dikembangkan melalui pengajian bersijil bagi membangunkan modal insan cemerlang dan berkualiti.

“Kita yakin dengan percaya bahawa pendidikan di masjid dapat menangkis fahaman yang salah dan ekstrim serta memberikan impak besar dalam melahirkan umat berilmu juga bertamadun,” katanya.

Neliau turut melahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Negeri apabila pelajarnya kini mendapat manfaat buku pengajian daripada pelbagai peringkat secara percuma di atas pemberian sumbangan kewangan sebanyak setengah juta, tahun lalu.

Selain itu, Farhan turut memaklumkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru sahaja selesai audit MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 oleh SIRIM QAS selama dua hari, baru-baru ini.



Thus Article Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam

Itulah artikel Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/kelas-hafazan-satu-lagi-modul-pengajian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kelas Hafazan satu lagi modul pengajian bersijil Masjid Shah Alam"

Catat Ulasan

Loading...