Loading...

Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir

Loading...
Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir
link : Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir

Baca juga


Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir



Oleh


Satu-satunya kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, Perak kini dalam bahaya apabila kerajaan negeri telah meluluskan aktiviti mengorek pasir di kawasan muara sungai Puyu, berhampiran dengan kawasan tersebut.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti itu dilaporkan bertujuan untuk mengelakkan takungan banjir sedangkan lokasi tersebut jauh dari kawasan kediaman penduduk dan dikelilingi tanaman sawit.

“Untuk pengetahuan, kawasan ini adalah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS) yang telah dinyatakan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) di mana tidak boleh ada apa-apa aktiviti fizikal boleh dijalankan melainkan aktiviti eko-pelancongan terkawal dan penyelidikan.

“Kami mohon pihak berkuasa segera ambil perhatian dan menyelesaikan isu ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan ancaman terhadap penyu setempat terutamanya ketika mahu mendarat untuk bertelur, kerana Penyu di Segari lebih tertumpu di kawasan Pantai Pasir Pandak dan juga berdekatan kawasan ini yang mana keluasannya tidak begitu lebar.

“Pantai Pasir Panjang pula sudah kurang menerima pendaratan penyu akibat aktiviti manusia,” kata KUASA.

Kerajaan negeri ‘diam diri’

Menzahirkan rasa kecewa, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata, isu status tanah dan pembangunan di kawasan tersebut telah pun dibangkitkan sejak tahun 2009.

Selain aktiviti pengorekan pasir, kawasan itu sebelum ini terancam dengan dua projek perindustrian yang diluluskan kerajaan negeri melibatkan pembinaan loji membekal gas cecair (LNG) yang diluluskan pada 9 Jun 2011 seluas 60 hektar kepada syarikat Atigas Technology Sdn Bhd dan kilang besi dan keluli Maegma Steel HRC Sdn Bhd (202.35 hektar) pada 25 Jun 2012.

“Bagi pihak SAM sudah tentu kita berasa kecewa dengan perkembangan terbaru ini.

“Kita sudah perjuangkan isu ini sejak tahun 2009 dan melakukan banyak kempen,” katanya ketika dihubungi.

Meor berkata, pihaknya juga telah mengemukakan dua memorandum kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada bulan Julai dan Ogos 2013.

Ini termasuk penyerahan lebih 80,000 salinan petisyen atas talian kepada pihak berkuasa membabitkan isu penerokaan dan alam sekitar di kawasan terbabit.

“Bagaimana pun segala kuasa keputusan adalah daripada kerajaan negeri dan kita juga telah menghantar memorandum ini kepada Exco Alam Sekitar dan Exco Pelancongan pada 2014.

“Kita sudah jumpa dua exco ini tapi nampaknya macam tiada keputusan. Projek itu macam tergantung.

“Yang membimbangkan sekarang ialah status tanah yang sudah dinyahwarta kerana tiada ‘security of tenure’, tak ada jaminan tanah tersebut tidak disentuh,” katanya lagi.

Roketkini sebelum ini melaporkan, kawasan Pantai Pasir Panjang yang terletak dalam kawatan Hutan Simpan Tanjung Hantu dan Hutan Simpan Segari Melintang itu dinyahwarta menjadi zon industri oleh kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – Roketkini.com

Video & foto oleh KUASA dan @selamatkanpenyusegari

LIHAT VIDEO DI SINI




Thus Article Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir

Itulah artikel Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/kawasan-pendaratan-penyu-di-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kawasan pendaratan penyu di Perak diancam aktiviti korek pasir"

Catat Ulasan

Loading...