Loading...

JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Loading...
JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN
link : JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Baca juga


JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

shahbudindotcom



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan terkejut dengan kedudukan indeks rasuah negara yang terus menurun berbanding tahun lalu.

Kata beliau, berdasarkan tindakan agresif dan tangkapan yang dibuat oleh SPRM pada tahun lalu, indeks itu sepatutnya menjadi lebih baik.

Sebab itu saya agak terkejut kerana ia nampak tidak selaras dengan realiti, kata Dzulkilfi yang turut diselubungi kes siasatan polis berhubung dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang dipercayai masih berstatus isteri orang.
Bagaimanapun, Dzulkifli dilaporkan sudah bernikah dengan wanita berkenaan pada penghujung Januari lalu di sebuah lokasi rahsia di Kelantan.

Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Transparency International menyaksikan indeks rasuah Malaysia pada 2017 berada di kedudukan 62 dengan 47 mata, menurun 7 mata berbanding tahun 2016.

Pada tahun 2016, kedudukan indeks rasuah Malaysia berada pada nombor 55 dengan 49 mata.

Ehh..ehh...ehh...terkejut pulak ya?
Apabila Dzulkifli terkejut, rakyat sebenarnya turut terkejut bagaimana beliau boleh terkejut dengan perkara itu.

Bukankah beliau sepatutnya tahu kenapa indeks rasuah negara terus menurun?

Memang benar ada tangkapan, serbuan dan macam-macam tindakan, tetapi mana hasilnya?

Sudah berada ramai daripada yang ditangkap itu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman?
Bagaimana dengan skandal-skandal besar seperti 1MDB, derma RM2,600 juta dan Felda  yang masih tidak selesai yang mana menurut Pengerusi Tranparency International Malaysia, Akhbar Satar adalah punca utama penurunan indeks tersebut.

Sehingga skandal itu tidak diselesaikan, kedudukan Malaysia akan terus jatuh untuk tempoh beberapa tahun lagi, kata Akhbar.

Apakah Dzulkifli dan SPRM tidak sedar mengenai punca penurunan indeks itu, lalu buat-buat terkejut dengannya?

Janganlah terkejut bro...

1MDB ditubuhkan dan dikawal oleh Najib, malah nama beliau terkait sama dengan  skandal kehilangan wang hampir RM20,000 juta  yang didalangi oleh Jho Low, derma RM2,600 juta pula secara langsung melibatkan dirinya, manakala Felda adalah di bawah seliaan Perdana Menteri sendiri.

Maknanya, sebahagian besar daripada punca penurunan indeks itu adalah batang tubuh Najib yang sedang menduduki Seri Perdana sekarang ini.
Selagi tiada tindakan terhadap skandal yang tidak selesai itu oleh SPRM atau selagi Najib tidak dijatuhkan, tidak sukar menjangka bahawa indeks rasuah negara akan terus jatuh, jatuh dan jatuh lagi pada masa depan.

Masalahnya, beranikah SPRM bertindak terhadap skandal yang tidak selesai itu sedangkan Dzulkifli sendiri ada kes skandal yang belum selesai?

Atau Najib dan Dzulkifli sama-sama tidak diperlukan lagi jika kita inginkan masa depan yang lebih baik untuk negara?



Thus Article JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Itulah artikel JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/janganlah-terkejut-broindeks-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JANGANLAH TERKEJUT BRO...INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN"

Catat Ulasan

Loading...