Loading...

Jabatan Kesihatan ambil sampel susu

Loading...
Jabatan Kesihatan ambil sampel susu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jabatan Kesihatan ambil sampel susu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jabatan Kesihatan ambil sampel susu
link : Jabatan Kesihatan ambil sampel susu

Baca juga


Jabatan Kesihatan ambil sampel susu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan menerima satu lagi aduan berkaitan sejenis susu didakwa tiruan sehingga menyebabkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak atau bayi yang meminumnya.
 
Bagaimanapun, Pengarahnya, Datuk Christina Rundi, enggan mengulas lanjut dan menegaskan siasatan diteruskan.
 
"Setakat ini, ada sampel sudah diambil dan ada satu lagi aduan diterima dari daerah lain.
 
"Aduan diterima dari beberapa kawasan dan kita tidak akan mengulas secara berasingan mengenai isu ini sehingga siasatan menyeluruh dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Yahya Sujak, berkata pihaknya sudah menghubungi individu yang mendakwa anak saudaranya mengalami masalah kesihatan selepas minum susu itu, namun gagal mendapatkan susu terbabit sebagai bahan bukti.
 
"Semalam, pegawai kita cuba berhubung dengan individu itu dan minta penjelasan mengenai susu yang dibeli, namun mereka sudah membuangnya.
 
"Jika betul bahan bukti itu ada, kita akan bawa ke jabatan kimia untuk dianalisis," katanya sambil meminta orang ramai mengelak menyebar maklumat tidak sahih ke laman sosial, sebaliknya membawa bahan bukti kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
 
Sebelum ini, seorang wanita memuat naik status di Facebook mendakwa anak saudaranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan bengkak badan selepas meminum susu dibeli dari sebuah pasar raya di Kota Belud.
 
 


Thus Article Jabatan Kesihatan ambil sampel susu

Itulah artikel Jabatan Kesihatan ambil sampel susu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jabatan Kesihatan ambil sampel susu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/jabatan-kesihatan-ambil-sampel-susu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Kesihatan ambil sampel susu"

Catat Ulasan

Loading...