Loading...

Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran

Loading...
Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran
link : Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran

Baca juga


Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran



wan-saiful-wan-jan-ppbm-kerusiPETALING JAYA: Walaupun parti komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kelihatan sedang cuba menembusi kerusi-kerusi seluruh negara, sebuah badan pemikir memberi amaran, agihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang adalah kunci untuk memastikan kewujudannya dalam jangka masa panjang.

Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata PPBM dipandang kebanyakan orang sebagai pesaing Umno untuk meraih undi Melayu.

Sambil mengatakan parti pembangkang lain sudah mencecah had mereka dalam meraih sokongan Melayu, beliau menambah, PPBM menawarkan “sesuatu yang baharu kepada kawasan majoriti Melayu”.

Bagaimanapun, parti itu juga meminta jumlah kerusi campuran secukupnya di mana PH mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang, katanya.

“Pemimpin PPBM… berpendapat PH mampu menang di kerusi campuran hanya jika pengundi Melayu di kawasan tersebut ditarik ke pihaknya, dan ini akan berlaku hanya PPBM ada.

“Jadi, jika PPBM adalah sebab untuk PH memenangi kerusi campuran, sumbangan paling pentingnya haruslah dibalas semula dalam bentuk kerusi di kawasan campuran juga.

“Agihan kerusi dalam kalangan parti PH amat penting untuk memastikan PPBM terus wujud,” katanya dalam satu kolum pendapat yang diterbitkan oleh akhbar Singapura, Straits Times, hari ini.

PH memperuntukkan 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kepada PPBM pada PRU14 yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Wan Saiful dalam kajian terbitan Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) – Institut Yusof Ishak, berkata, PPBM mempunyai peluang bertanding di Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno, jika parti itu diberikan kerusi campuran.

Beliau berkata, kebergantungan PH kepada PPBM untuk memenangi kerusi majoriti Melayu menyebabkan parti itu dalam dilema.

Katanya, ini kerana Umno memenangi kerusi itu dengan majoriti besar dan tidak mungkin wujud perubahan besar dalam sokongan pengundi Melayu pada PRU14.

“Kawasan di mana mereka diharapkan untuk menang merupakan kawasan yang paling sukar dimenangi.

“Oleh itu, walaupun PPBM kelihatan menyahut cabaran dan tanggungjawab dengan tenang, ini jelas satu beban berat untuk ditanggung sebuah parti baharu,” katanya.

Dalam kolumnya, Wan Saiful menambah, PPBM hadapi “masalah besar” untuk melemahkan pengaruh Umno terhadap pengundi wanita, dengan satu tinjauan di Johor oleh ISEAS-Yusof Ishak menunjukkan hanya 17% memihak kepada parti itu.

PPBM juga sukar meyakinkan pengundi Melayu yang berasa ragu-ragu dengan kaitannya dengan DAP dalam gabungan pembangkang, katanya.

“Terdapat kecenderungan dalam kalangan pengundi Melayu untuk mengaitkan DAP dengan pengaruh politik kaum Cina di Malaysia yang semakin meningkat, dan terhakisnya kuasa politik Melayu.

“Oleh itu, mengundi sebarang parti yang membantu DAP menjadi kerajaan sama seperti membahayakan kedudukan istimewa Melayu.

“Perjalanan untuk mengambil alih Putrajaya dipenuhi cabaran untuk ahli politik berpengalaman banyak sekali pun. Tiada tinjauan yang memihak kepada Tun Dr Mahathir buat masa ini. Ia perjuangan yang sukar buatnya,” katanya.



Thus Article Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran

Itulah artikel Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/ideas-ppbm-juga-perlu-kerusi-campuran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ideas: PPBM juga perlu kerusi campuran"

Catat Ulasan

Loading...