Loading...
Tajuk : Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk
link : Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk
Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor hanya mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.
Beliau mengingatkan pertelingkahan terbuka sesama mereka hanya melemahkan keyakinan pengundi pada gabungan parti pemerintah di Selangor.
Dr Mahathir dalam program Bicara Pimpinan Anak Bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Beliau memberitahu pemberita bahawa “masalah” pengagihan kerusi DUN di Selangor memerlukan sedikit masa lagi untuk diselesaikan.
Beliau mengesahkan pemimpin PH Selangor ada membawa isu rundingan kerusi di negeri itu ke perhatiannya dan memberi penjelasan tentang perkara itu.
“Kita ada masa lagi. Memang lah nak bagi bersetuju 4 buah parti bukan mudah. Memang ada yang tak puas hati, parti kami (PPBM) pun tak puas hati,” katanya.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Azmin sebelum ini mendakwa 4 mesyuarat sudah diadakan untuk menentukan 80% kerusi DUN di Selangor. Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.
Reaksi Amanah dan DAP Selangor itu bagaimanapun menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin “mengesahkan” mesyuarat membincangkan pengagihan kerusi DUN di Selangor sudah diadakan.
Pemimpin PKR bergilir serang Amanah Selangor kecoh agihan kerusi
LIHAT VIDEO DI SINI
Thus Article Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk
Itulah artikel Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/dr-m-beritahu-ph-selangor-jangan-cari.html
0 Response to "Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk"
Catat Ulasan