Loading...
Tajuk : DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor
link : DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor
DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor

KUALA LUMPUR – DAP Selangor memberi kata dua kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri itu supaya tidak melampau dalam menuntut kerusi dan diingatkan supaya patuh kepada keputusan yang sudah dibuat.
Naib Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim menyindir PPBM Selangor yang cuba menunjukkan taring tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatna Harapan (PH).
“Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring.
“Bagaimanapun saya yakin itu hanyalah permulaan bagi Bersatu (PPBM), saya yakin lama-kelamaan mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambilkira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” beliau dipetik berkata semasa menghadiri sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina hari ini.
Terdahulu, PPBM Selangor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi UMNO pada PRU13 lalu meskipun ia mendapat bantahan daripada PKR.
PPBM Selangor juga enggan menerima keputusan dibuat oleh PH Selangor dan mendesak supaya diberikan lebih kerusi lagi. – MalaysiaGazette
Thus Article DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor
Itulah artikel DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/dap-beri-amaran-kepada-ppbm-jangan.html
0 Response to "DAP Beri Amaran Kepada PPBM Jangan Melampau Tuntut Kerusi Di Selangor"
Catat Ulasan