Loading...

Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad

Loading...
Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad
link : Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad

Baca juga


Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad



Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian gagal membawa kes empat orang muslim yang mahu murtad ke mahkamah sivil apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai hak untuk membicarakan kes murtad.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Pengerusi PKR Sarawak itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak “tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad” oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden – Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara – mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu – seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf – memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Mereka adalah Syarifah Nooraffyzza Wan Hoosen, Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, Salina Jau @ Salina Jau Abdullah dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah

Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad



Thus Article Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad

Itulah artikel Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/baru-bian-gagal-mahkamah-sivil-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad"

Catat Ulasan

Loading...