Loading...

Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor

Loading...
Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor
link : Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor

Baca juga


Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor

 
 



Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali macam badut dan tidak layak menjadi Menteri Besar serta pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.

Beliau turut menafikan Azmin Ali bahawa pihaknya berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Izham mendakwa Amanah sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku pengerusi PH Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.

“Nak jadi pengerusi PH Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan (fit) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

“Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa Amanah berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

“Amanah berbohong…Amanah tidak mengatakan yang benar, Amanah tidak amanah. Bolehkah Amanah paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata Azmin.

Izham berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen PH.

Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan PPBM.

“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Beliau juga berkata, PH Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, dengan kali terakhir yang dipengerusikan Azmin adalah pada Oktober lalu.

Azmin juga berkata sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudahpun diputuskan.

Namun, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menafikan perkara tersebut.

“Saya tak tahu yang 80 peratus kerusi sudah dirunding kerana kami tidak pernah ditanya tentangnya,” katanya.



Thus Article Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor

Itulah artikel Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/azmin-macam-badut-tak-layak-jadi-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – Pengerusi Amanah Selangor"

Catat Ulasan

Loading...