Loading...

Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara

Loading...
Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara
link : Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara

Baca juga


Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara

 
Aktivis itu berkata rakyat kebanyakan merungut tidak mampu membeli keperluan asas, tidak larat membayar bil dan menguruskan pendidikan anak.


art-harun-kos-sara-hidup

PETALING JAYA: Peguam dan aktivis hak asasi manusia, Azhar Harun menyelar sikap acuh tak acuh kerajaan terhadap rungutan ekonomi rakyat kebanyakan dengan memberikan data tentang melancong ke luar negara dan pembelian kereta mewah.

Azhar dalam kiriman di Facebook hari ini berkata kerajaan mengajukan naratif ekonomi yang sangat dangkal, kerana rakyat merungut tentang kesempitan kewangan dan sara hidup dan bukannya tentang membeli-belah di Pavilion di ibu negara atau New York.

“Alangkah mudahnya kalau konklusi makro ekonomi kita dapat dirumuskan dengan begitu mudah dan sebegitu alpa dan bersahaja. Apakah mereka ini semua tidak sedar apa sebenarnya yang dirungutkan oleh masyarakat dan siapa yang sebenarnya merungut?

“Rakyat bukan merungut tak boleh pergi Paris dan membeli-belah di New York. Rakyat juga tak pernah merungut mereka tak boleh membeli-belah di Pavilion atau Suria KLCC. Rakyat juga tak pernah merungut mereka tak boleh beli Honda City atau Civic,” tulisnya.

Beliau mengingatkan rakyat kebanyakan merungut tidak mampu membeli keperluan asas, membayar bil, menghantar anak ke kelas tuisyen dan membeli seragam sekolah anak.

“Rakyat yang merungut bukan berniat pun nak ke Singapura atau Thailand, apa lagi ke London sambil hisap curut RM165 dan bergambar di Harrods (London). Ada di antara mereka yang tak pernah datang ke Kuala Lumpur pun.”

Masyarakat berkasta

Azhar seterusya berkongsi pemerhatian tentang taraf ekonomi masyarakat dan membahagian rakyat kepada 8 “kasta” ekonomi mengikut kemampuan kewangan.

Kasta A hingga B memandu kereta mewah seperti Ferrari dan Mercedes S, anak-anak belajar di sekolah swasta, pernah menetap di luar negara, dan mempunyai perniagaan yang besar.

Kasta C dan D adalah golongan profesional atau pegawai tinggi kerajaan, berpelajaran tinggi, dan anak-anak melanjutkan pelajaran di luar negara “mungkin bawah program pengajian berkembar sahaja”.

“Dalam kasta E ialah graduan yang bekerja selama 2-5 tahun. Ramai tersangkut dalam ‘income trap’, maksudnya kaya pun tidak, miskin pun tidak. Mampu beli kereta tapi agak susah hendak membeli rumah.

“Kasta F dan G inilah yang amat susah. Merekalah yang merungut tentang kesempitan hidup dan keruncingan pendapatan yang amat ketara.

“Merekalah yang paling besar jumlahlah jika dengan dengan jumlah ahli kasta yang lain.”

Beliau menegaskan semata-mata menteri berkata ramai mampu ke luar negara dan membeli kereta Honda tidak bermaksud kasta-kasta rendah senang lenang dan tidak wujud.

“Yang sedihnya ialah, kalau kita kaji ahli-ahli kasta A dan selidiki faktor yang memangkan mereka ke dalam kasta itu, ramai di antara mereka tak berhak pun berada dalam kasta A kerana kelayakan pelajaran mereka tak setinggi mana, dan intelek mereka pun tak seberapa.

“Kenapakah begitu? Bagaimanakah ahli kasta A boleh berada dalam kasta A walaupun dari segi tahap keinsanan universal tidak seberapa?

“Kita tengok siapa mereka dan siapa kawan mereka, serta siapa ‘kontek’ mereka, maka akan terjawablah misteri ini.”

Peguam itu berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada konsep pengagihan kemewahan sebagaimana dalam Dasar Ekonomi Baru kepada konsep pengagihan peluang kepada setiap individu, bagi menyelesaikan masalah jurang pendapatan yang meruncing.

“Jurang inilah yang kita seolah-olahnya pejam mata dan tak mau tengok mahupun bincang,” kata Azhar.

“‘Distribution of wealth’ ialah satu konsep lampau dan hampir mansuh. Pentadbiran adil atau pun yang mengamalkan ‘distributive justice’ di 2018 ialah mengenai ‘distribution of opportunities’.

“Mungkin dengan peluang yang cukup, kasta Kapchai akan dapat melonjak ke kasta Bentley dan sebagainya.”



Thus Article Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara

Itulah artikel Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/art-harun-rakyat-merungut-kos-sara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Art Harun: Rakyat merungut kos sara hidup, bukan bercuti ke luar negara"

Catat Ulasan

Loading...