Loading...

Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe

Loading...
Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe
link : Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe

Baca juga


Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengisytiharkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkata bekas ketuanya itu dicerca oleh kerajaan sekarang.

“Beliau sudah berubah dan komited terhadap agenda reformasi,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri prosiding mahkamah berkenaan tuntutannya terhadap kerajaan yang didawa mendapatkan pensabitan kes liwatnya menerusi penipuan.

Anwar yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat Dr Mahathir pada 1998, berkata, tidak adil membandingkan Dr Mahathir dengan Presiden Zimbabwe yang digulingkan tahun lepas, Robert Mugabe.

Katanya, Dr Mahathir bersedia membuat penyesuaian selepas menyertai pembangkang.

“Kerajaan juga sudah cukup memfitnahnya,” katanya.

Bulan lepas, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan, dinamakan sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang.

Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pemimpin PKR yang bimbang agenda reformasi dikorbankan.

Sebelum itu di mahkamah, Anwar merayu kepada Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad untuk mendengar merit tuntutannya terhadap kerajaan yang didakwa mendapatkan pensabitan kes beliau meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi cara penipuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya. Beliau bakal akan dibebaskan 8 Jun ini.

Anwar berkata peguamnya sudah memeriksa tuntutan itu secara terperinci dan percaya ada isu yang perlu dibicarakan.

“Saluran apakah yang saya ada untuk mencari keadilan jika mahkamah tidak mahu mendengar tuntutan itu?” soalnya selepas Nik Hasmat mengundangnya untuk memberi sepatah dua kata kepada mahkamah selepas peguam yang mewakilinya dan kerajaan menghabiskan penghujahan mereka.

Anwar berkata tuntutannya harus didengar kerana terdapat bukti baharu untuk dikemukakan kepada mahkamah.

“Sejumlah wang yang besar ada bertukar tangan,” katanya, merujuk kepada satu lagi tuntutan difailkan olehnya yang mendakwa RM9.5 juta dibayar kepada peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya.

Kerajaan sedang cuba membatalkan tuntutan itu kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang wajar, bahawa beliau menamakan pihak yang salah dan tindakannya menghampiri hasutan. #sumber


Thus Article Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe

Itulah artikel Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/anwar-tun-dr-m-sudah-berubah-tidak-adil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe"

Catat Ulasan

Loading...