Loading...
Loading...
- kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk , Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk :
link :

Baca juga


ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pasar raya dan kedai runcit seluruh negara termasuk kerajaan PKR Selangor mampu mengaut keuntungan konservatif sebanyak RM120 juta setahun bagi caj 20 sen pada setiap beg plastik yang digunakan.
 
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata, keuntungan itu meliputi semua pasar raya di seluruh negara terutama di Selangor yang dilihat mendapat keuntungan sehingga 70 peratus daripada caj yang dikenakan itu. 
 
“Setiap pengguna akan membeli sekurang-kurangnya tiga beg plastik bernilai 60 sen, kita andaikan 600 hingga 700 pengguna membeli di kedai runcit dan pasar raya setiap hari dan jumlah anggaran keuntungan kasar yang diperoleh sebanyak RM10 juta sebulan.
 
“Saya difahamkan, kos setiap beg plastik adalah sebanyak 3 sen sahaja, namun seperti Kerajaan PKR Selangor, mereka menyuruh rakyat membayar pada kadar 20 sen. 
 
"Jumlah itu menunjukkan perbezaan besar iaitu seba­nyak 17 sen. Ini bermakna, kedai runcit dan pasar raya mampu mendapat untung besar jika memperoleh 1,000 pengguna setiap hari,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Selasa lalu beberapa persatuan pengguna mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.
 
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.
 
Untuk rekod, Selangor mula mengenakan caj 20 sen bagi setiap ber plastik bermula pada 1 Januari 2017. 




Thus Article

Itulah artikel Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/antarapos-shah-alam-pasar-raya-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " "

Catat Ulasan

Loading...