Loading...

Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis

Loading...
Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis
link : Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis

Baca juga


Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Hanya bersandarkan kepada populariti seorang pemimpin belum tentu menjamin kemenangan sesebuah parti politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian menurut penganalisis politik Datuk Mohd Yusuf Kassim.
 
Sebaliknya ujar beliau, kekuatan akar umbi adalah perkara utama dalam menggerakkan jentera pilihan raya sekaligus menentukan hala tuju parti berkenaan.
 
Namun katanya, perbalahan di peringkat akar umbi dalam pembangkang kini akan menjejaskan persiapan Pakatan Harapan (PH).  
 
"Pada pandangan saya kedua-dua parti ni (PPBM dan Amanah) akar umbi dia tak kuat. Dia punya jentera lagi tak kuat, kecuali Amanah di Kelantan mungkin kuat kerana ada ahli PAS yang masuk Amanah tu diikuti pengikutnya. 
 
"Tapi di negeri lain memang saya rasa tak kuatlah. Sama juga PPBM, lagi tak kuat. Jentera pilihan raya ni mustahak, bukan sahaja ada pemimpin bagus, manifesto yang bagus tapi orang yang nak melaksanakan tu untuk gerak kerja parti tu penting," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Biarpun PH telah memuktamadkan peruntukan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya pada PRU14, agihan kerusi DUN gagasan itu bagaimanapun sehingga kini masih belum mencapai kata putus.
 
Konflik mula berlaku pada agihan kerusi di Negeri Sembilan, apabila ramai ahli dan pemimpin PPBM, melakukan protes kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), Amanah (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi. 
 
Sementara itu di Selangor pula, wujud campur tangan PH Pusat dengan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu berkenaan.
 
Namun ia ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali apabila menegaskan tiada keperluan untuk menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk tujuan itu.
 
Katanya, Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor yang kini digunakan untuk rundingan agih kerusi mungkin akan ditukar namanya menjadi Jawatankuasa Pengagihan Kerusi, dengan turut mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama.
 
Dalam pada itu tambah Yusof, sejauh mana pengaruh individu itu belum dapat diukur lagi, dan hanya keputusan PRU14 dapat menentukannya. 
 
"Saya berpendapat akhirnya memang akar umbi juga, memang Tun M ada pengaruh tu memang kita tak nafikanlah tapi sejauh mana pengaruh tu dirasai dan diterjemah kepada undi (belum diketahui). 
 
"Pengaruh ni kadang perasaan saja tapi (mungkin) tak sampai pada undi tu yang perlukan faktor-faktor lain juga. 
 
"Terutama kalau di luar bandar atau separuh bandar, faktor tempatan tu mustahak. Faktor calon juga, jadi kalau pimpinan di tempat dia mungkinlah boleh menang tapi ahli-ahli dia yang lain terutama di kawasan yang jauh daripada bandar, macam Sabah Sarawak lagilah susah," ujarnya



Thus Article Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis

Itulah artikel Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/akar-umbi-antara-faktor-kemenangan-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akar umbi antara faktor kemenangan pada PRU14, bukan populariti pemimpin - Penganalisis"

Catat Ulasan

Loading...