Loading...

ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor

Loading...
ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor
link : ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor

Baca juga


ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN PAS Selangor masih menunggu tarikh untuk bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mendapatkan penjelasan berhubung peruntukan wakil rakyat yang masih belum diterima pihaknya.
 
ADUN Dusun Tua Razaly Hassan berkata demikian ketika ditanya perkembangan terbaru bersabit isu itu.
 
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memberikan kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan berkenaan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, sebelum pihaknya mengambil langkah susulan. 
 
"Bincang itu sudah dua tiga kali bincang, tetapi tarikh itu tidak dapat lagi. MB tak bagi lagi tarikh.
 
"Langkah susulan kita, tunggu MB punya (tetapkan) tarikh. Kalau dia kata tarikh nak jumpa dalam minggu ini, kita jumpa dalam minggu ini. 
 
"Setakat sekarang ini kita tunggu keputusan MB, pasal nak jumpa itu persetujuan daripada dia. Mungkin lepas Raya Cina kalau dia setuju, kita jumpa MB nanti. Tapi tak tahu bila tarikh dia," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Razaly bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah reaksi PAS jika isu ini terus dilengah-lengahkan kerajaan negeri. 
 
Sebelum ini, Exco Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan hanya 13 ADUN PAS yang belum boleh menggunakan peruntukan wakil rakyat, berikutan disekat di Pejabat Daerah masing-masing.
 
Sekatan itu menyebabkan beberapa program ADUN PAS terpaksa dihentikan sementara, ataupun wakil rakyat berkenaan perlu menggunakan sumber kewangan peribadi untuk melaksanakan program yang direncanakan. 
 
Azmin dalam kenyataannya menafikan peruntukan ADUN PAS disekat, namun menjelaskan terdapat 'masalah teknikal'.
 
Malah Azmin berseloroh mustahil beliau menafikan hak ADUN PAS sedangkan kerajaan negeri tetap memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
 
Azmin juga berkata beliau sedar peruntukan itu adalah untuk rakyat Selangor.
 
 


Thus Article ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor

Itulah artikel ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/adun-pas-masih-tunggu-tarikh-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN PAS masih tunggu tarikh untuk jumpa MB Selangor"

Catat Ulasan

Loading...