Loading...

Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri

Loading...
Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri
link : Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri

Baca juga


Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri


BAGAN SERAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dihantar ke Hospital Taiping, pagi Selasa.

Difahamkan, Mohd Zawawi tidak sedarkan diri setelah terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Kampung Tebuk Panchur, di sini lebih kurang jam 10 pagi.

Adun Selinsing, Husin Din berkata, kejadian Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Bagan Serai terjatuh di dalam bilik air hanya disedari isterinya yang kebetulan pulang sebentar ke rumah dari tempat kerja di Madrasah Ehya As-Sharif, Gunung Semanggol.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah darah tinggi yang dihidapi Mohd Zawawi.

"Sejurus isterinya menyedari keadaan Mohd Zawawi, beliau segera dikejarkan ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh pukul 3 petang tadi.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati beliau disyaki mengalami pendarahan di kepala,"katanya kepada media, Selasa.

Husin berkata, Mohd Zawawi yang juga Setiausaha Pas Perak difahamkan agak sibuk dalam memenuhi undangan program parti dan tinjauan turun padang sebagai wakil rakyat sejak seminggu lalu.

"Sehingga kini, saya dimaklumkan beliau masih belum sedarkan diri.

"Doktor membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar," katanya.

Husin turut meminta semua pihak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Mohd Zawawi di samping berharap agar penyakit dialami tidak serius.

"Saya juga berharap jangan ada sebarang spekulasi mengenai keadaan kesihatan beliau sementara menunggu doktor mengesahkan penyakit dihidapi," katanya. - Sinar Online



Thus Article Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri

Itulah artikel Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/adun-gunung-semanggol-dari-pas-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adun Gunung Semanggol dari PAS Tidak Sedarkan Diri"

Catat Ulasan

Loading...