Loading...

Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia

Loading...
Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia
link : Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia

Baca juga


Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Adelina Liso, pembantu rumah warga Indonesia yang mati dipercayai akibat didera majikannya di Taman Kota Permai 2, di sini, semalam, bekerja dengan keluarga itu sejak 2014 menerusi sebuah agensi pekerja asing di Pulau Pinang.
 
Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Neni Kurniati berkata pembantu rumah berusia 28 tahun itu tidak pernah membuat aduan kepada pihak konsulat berhubung majikannya sepanjang bekerja di sana.
 
Malah menurut Neni, Adelina juga pernah bekerja dengan majikan lain.
 
“Kami memandang serius kejadian dera yang dialami mangsa dan berharap pembelaan sewajarnya ke atas Adelina. Pihak konsulat juga akan memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak berkuasa di Malaysia bagi membantu kes itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini.
 
Adelina yang mengalami kecederaan parah, termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada 4.45 petang semalam dan mayatnya dihantar ke HSJ untuk bedah siasat.
 
Wanita itu ditemui kira-kira 8 malam Sabtu, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim.
 
Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki dan adik perempuannya berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa bagi membantu siasatan.
 
Neni Kurniati berkata, keluarga Adelina yang tinggal di Nusa Tenggara, Kalimantan di Indonesia belum mengetahui kejadian yang menimpa wanita berkenaan kerana pihaknya gagal menghubungi mereka.
 
“Wakil kami telah pergi ke alamat pada pasport wanita itu, namun gagal menemui keluarganya dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.
 
“Urusan membawa pulang jasad mendiang akan dibuat, selepas semua proses bedah siasat oleh hospital dan siasatan yang dijalankan polis selesai. Kami harap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,”katanya.
 
 


Thus Article Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia

Itulah artikel Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/adelina-tak-buat-aduan-isu-dera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adelina tak buat aduan isu dera - Konsulat Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...