Loading...

Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM

Loading...
Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM
link : Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM

Baca juga


Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM

 
Ketua penerangan PPBM berkata, ia bukan perkara baru kerana ia berlaku sebelum dan selepas AGM parti itu, Disember lalu.


Kamaruddin-Mohd-Noor-ppbm

PUTRAJAYA: PPBM tidak menolak kemungkinan ada individu yang dibayar pihak luar untuk mengaku mereka ahli parti itu bagi membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) demi memburuk-burukkan PPBM.

Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor memberitahu FMT, ia bukan perkara baru kerana ia berlaku sebelum dan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, Disember lalu.

“JPPM juga ada beritahu kami banyak terima aduan. Kita serah kepada JPPM buat keputusan.

“Mereka ini mungkin dibayar. Tetapi kita tak sahkan lagi sebab belum buat siasatan lagi terhadap mereka yang buat aduan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak mengaku diri mereka ahli PPBM dan membuat aduan kepada JPPM yang parti itu tidak mematuhi perlembagaannya walaupun selepas AGM diadakan.

Pada 30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, selepas lebih setahun ia didaftarkan pada September 2016.

Parti dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa mereka terpaksa mengadakan AGM di sebalik ancaman pembatalan pendaftaran oleh JPPM, susulan masalah membabitkan penstrukturan cawangan serta bahagiannya yang tidak diiktiraf JPPM.

Mengulas lanjut, Kamaruddin mengesyaki individu terbabit yang membuat aduan kepada JPPM mempunyai agenda tersembunyi.

“Kalau betul-betul ahli, sepatutnya buat aduan kepada kita (parti) dulu. Kita sudah jangka akan ada beberapa kumpulan daripada mereka ini akan buat aduan lagi, sebab itu saya tidak terkejut. Kita pun tidak tahu siapa mereka.”

Sementara itu, katanya, PPBM masih menunggu maklum balas JPPM selepas menghantar laporan penuh berhubung AGM itu kepada jabatan berkenaan.



Thus Article Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM

Itulah artikel Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/ada-pihak-dibayar-untuk-burukkan-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM"

Catat Ulasan

Loading...