Loading...

Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida

Loading...
Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida
link : Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida

Baca juga


Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KAJANG: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersedia untuk diletakkan di mana-mana kerusi parlimen sekiranya diminta parti untuk berbuat demikian.
 
Walau bagaimanapun ujar beliau, soal pembahagian kerusi itu masih lagi sekadar cadangan dan belum dimuktamadkan parti. 
 
"Saya bertanggungjawab untuk melunaskan sayap wanita, jadi untuk mengukuhkan PH saya bersedia pergi mana-mana sahaja dan meluaskan pengaruh wanita.
 
"Itu kita punya cadangan (jika khabar angin tentang rombakan itu benar), kita belum muktamadkan lagi, kemungkinan jadi kemungkinan tidak jadi," ujarnya ketika ditanya pemberita di Konvensyen Wanita PH Di Kajang hari ini.
 
Beberapa hari lalu, timbul khabar angin mengatakan Zuraida bakal dipindahkan dari Parlimen Ampang ke Hulu Langat.
 
Selain Zuraida, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.
 
Media melaporkan, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) PH Selangor di Shah Alam beberapa hari lalu.
 
Untuk rekod, kerusi Hulu Langat dan Shah Alam dimenangi PAS pada PRU13 yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang. 
 
Pada PRU ke13, kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Abdul Samad atas tiket PAS selepas beliau menewaskan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi. 
 
Khalid kini menyertai Amanah, parti serpihan PAS. 
 
Sementara itu kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.
 
 


Thus Article Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida

Itulah artikel Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/saya-sedia-diletakkan-di-mana-mana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya sedia diletakkan di mana-mana Parlimen, kata Zuraida"

Catat Ulasan

Loading...