Loading...
Tajuk : Resepi ikan sardin masak hijau.
link : Resepi ikan sardin masak hijau.
Resepi ikan sardin masak hijau.
Resepi ikan sardin masak hijau. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Kali ni nama resepi cikla semua main nama warna je. Semalam cikla share resepi ayam masak kuning, hari ni ikan sardin masak hijau pulak. Apa yang penting semua resepi ni sangat senang dan semestinya sedap. Nyummm nyummm...
Jomlan kita tengok senang tak senang resepi ni. Orang bujang pun boleh buatlah...
Resepi ikan sardin masak hijau.
Sebenarnya, penggunaan ikan tak terhad kepada ikan sardin je. Korang boleh jugak guna ikan lain seperti kembung, tongkol, cencaru dan sebagainya. Tapi, kena tengok jugaklah mana yang sesuai. Jangan korang guna ikan yang pelik-pelik sudah. Hehe. Kalau korang nak ganti dengan ayam dan daging pun boleh, tapi namanya nanti dah tak jadi ikan masak hijaulah pulak kan.
So, bahan-bahannya adalah seperti berikut:
- 6 - 8 ekor ikan sardin sederhana besar. (Dibersihkan dan diperap sekejap sedikit garam dan serbuk kunyit).
- 6 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 3 - 5 biji cili hijau* (kalau nak more spicy boleh tambah cili api hijau). [bahan bertanda * dikisar halus]
- Sedikit minyak untuk menumis, garam
- 1 biji bawang Holland (potong bulat).
- 1 biji tomato (potong sederhana nipis).
Caranya pula:
- Panaskan minyak, kemudian goreng ikan sardin sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- Selepas itu, korang kurangkan sedikit minyak gorengan ikan tadi, kemudian tumiskan bahan dikisar sampai naik bau.
- Masukkan garam dan perasa (kalau naklah, tapi cikla memang tak guna perasa). Kacau sekejap, then masukkan bawang Holland, tomato dan ikan yang telah digoreng tadi.
- Kemudian, gaul rata. Biarkan sekejap sampai terbit minyak.
- Tutupkan api, siap!
Kalau korang nak letakkan je sambal hijau tu atas ikan je pun boleh. Maknanya, tak payah nak gaul ikan dengan bumbu tadi kat dalam kuali. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas. Tapi, buat masa ni cikla tak boleh makan ikan lagi sebab baru je mula low diet iodine hari ni. Nanti lepas habis rawatan RAI bolehlah buat.
Selamat mencuba.
Thus Article Resepi ikan sardin masak hijau.
Itulah artikel Resepi ikan sardin masak hijau. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Resepi ikan sardin masak hijau. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/resepi-ikan-sardin-masak-hijau.html
0 Response to "Resepi ikan sardin masak hijau."
Catat Ulasan