Loading...

Resepi ayam masak kuning.

Loading...
Resepi ayam masak kuning. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Resepi ayam masak kuning., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Resepi ayam masak kuning.
link : Resepi ayam masak kuning.

Baca juga


Resepi ayam masak kuning.

Resepi ayam masak kuning. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Dah lunch ke tu? Ke belum lagi. Amboi, dah lewat dah sangat ni. Hihi. Rasanya macam dah lama je cikla tak share resepi kan.

Teman idok ler terror sangat memasak. Hihi...

Tapi, resepi yang cikla share ni semestinya senang dan mudah. Tak payah nak pening masak dua tiga lauk, nah..  Satu menu je semua ada. Complete. Hehe. Lagipun, cikla tengah nak cari mood untuk low diet iodin yang bermula esok ni. Saja buat menu ni, sebab masa berpantang iodin nanti memang peninglah sikit nak makan apa. Takut terlanggar pantang kan. Hehe.

Tapi, menu yang ni ok. Takde bahan yang 'dilarang' dalam tempoh berpantang makan esok. Boleh jadi menu wajib ni. Dah tu pulak, memang ikan dengan seafood pun tak boleh. Terpaksalah makan ayam je 2 minggu ni. Apa pun, syukurlah jugaklah. Dari tak boleh makan apa-apa kan...

Resepi ayam masak kuning.

So, berbalik kepada resepi yang senang lagi mudah ni, apa kata kita tengok dulu bahan-bahannya. Jom semak sama-sama....

Resepi ayam masak kuning.


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan

- 1 ekor ayam (dipotong sederhana besar, dibersihkan dan diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam). 
- 1 kotak santan. 
- Sedikit minyak, garam (nak letak perasa terpulanglah. Tapi cikla memang tak guna perasa).

Bahan kisar

*2 biji bawang Holland. 
*5-6 ulas bawang putih. 
*1 inci halia. 
*2-3 biji cili hijau (ikut kepedasan. Kalau nak pedas letaklah lebih). 
*2 biji tomato (potong 4).
*1-2 sudu kecil serbuk ketumbar
*1 sudu kecil serbuk kunyit. Kalau korang nak guna kunyit hidup pun boleh.

(bahan yang bertanda * dikisar sehingga lumat).

Bahan untuk hiasan: 

- 1 biji cili hijau (dibelah memanjang). 
- 2-3 biji tomato (dibelah 4).
- carrot, kentang (optional, kalau nak letak boleh, tak letak pun boleh. Tapi, cikla memang tak berapa suka letak kentang. Sebab nanti lama-lama ia memekatkan kuah. Cikla suka kuahnya so-so gitu. Tak pekat, tak cair).


Cara nak buat:

- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kecutkan sekejap dengan bahan kisar tadi sampai keluar air ayam.
- Selepas itu, masukkan santan kelapa dan sedikit air. Sesuaikan kepekatan kuah. Terpulanglah kalau korang nak kuahnya pekat atau cair.
- Biarkan sampai ayam masak dan kuah mendidih, kemudian tambahkan garam dan kacau rata.
- Selepas itu, masukkan bahan hiasan (cili hijau dan tomato). Biarkan sekejap.
- Bila kuah dan menggeleggak, tutupkan api. Siap!

Apa yang penting, bila korang sudah masukkan santan, gunakan api yang  sederhana besar/perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak. Nanti kuahnya jadi tak cantik, macam santannya jadi macam berketul-ketul.


SELAMAT MENCUBA!  ☺️☺️☺️



Thus Article Resepi ayam masak kuning.

Itulah artikel Resepi ayam masak kuning. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Resepi ayam masak kuning. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/resepi-ayam-masak-kuning.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Resepi ayam masak kuning."

Catat Ulasan

Loading...