Loading...

Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS

Loading...
Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS
link : Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS

Baca juga


Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS

 
Ketua Pemuda Amanah memberi amaran kepada semua pemimpin PH supaya tidak menjadi pengkhianat dan mematuhi keputusan Majlis Presiden untuk tidak bekerjasama dengan PAS, tahun lalu.


sany-pas


SUBANG JAYA: Ketua Pemuda Amanah mendakwa ada pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu berbincang dengan PAS menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun selepas Majlis Presiden memutuskan tidak akan bekerjasama dengan parti Islam itu, tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohd Sany Hamzan memberi amaran kepada semua pemimpin PH supaya tidak menjadi pengkhianat dan mematuhi keputusan Majlis Presiden PH pada Ogos lalu.

“Pemuda Harapan nak bagi amaran kepada pimpinan, jangan kamu jadi pengkhianat kepada Harapan.

“Kita mahu anggota parti akur dan laksanakan apa yang ditetapkan pemimpin kita,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Pemuda PH malam tadi.

Pada 29 Ogos lalu, Majlis Presiden PH memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada PRU14.

Empat parti komponen PH itu turut memaklumkan mereka sedang merangka strategi bagi menghadapi pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Keputusan itu susulan tindakan PAS memutuskan kerjasama politik hampir 2 dekad dengan PKR pada Mei 2017, selepas menuduh parti reformasi itu melanggar syarat “tahaluf siyasi”.

Sany yang juga timbalan ketua Pemuda PH berkata, sayap PH itu akan menolak sekiranya pemimpin mereka bekerjasama dengan PAS.

“Saya nak tanya Pemuda malam ini, adakah kita akan benarkan pimpinan-pimpinan ini mengadakan kerjasama dengan PAS?

“Kalau tak setuju tolong bangun,” katanya yang disambut sorakan gemuruh 400 perwakilan Pemuda PH dengan laungan “Hidup rakyat, tumbang BN”.

Katanya, kesetiaan setiap ahli dan pemimpin 4 parti pembangkang itu sangat penting dalam usaha mereka menjatuhkan BN pada PRU14.

“Jangan khianat, sebab kita nak bertaruh dengan Umno-BN. Banyak kerja yang kita kena lakukan.”



Thus Article Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS

Itulah artikel Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/pemuda-amanah-dakwa-ada-pemimpin-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda Amanah dakwa ada pemimpin PH mahu bincang dengan PAS"

Catat Ulasan

Loading...