Loading...

Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Loading...
Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia
link : Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Baca juga


Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

ISMA WEB
 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI – Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia petang semalam, di kediamannya di Kuala Kangsar Perak.

Beliau yang sempat melalui zaman perang Dunia, pemerintahan Jepun, era Bintang Tiga Komunis, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun.

Beliau yang merupakan bapa saudara kepada Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abd Rahman Mat Dali pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Padang Gajah, sebelum mula bergiat dalam perjuangan kemerdekaan mempertahan tanah Melayu.

“Kita telah kehilangan seorang tokoh perjuangan Melayu yang memberikan inspirasi kepada generasi hari ini.

“Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya di kalangan hamba-Nya yang soleh,” kata Abdul Rahman kepada Ismaweb.

Mesra dengan panggilan Cikgu Hashim, beliau menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Cikgu Hashim juga merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, yang memimpin 400 orang pemuda ketika itu menentang penjajah.

Pada Disember 1948, Cikgu Hashim telah ditangkap oleh penjajah dan dipenjara selama empat tahun mengikut Undang-undang Darurat, atas dakwaan beliau menyertai gerakan anti-penjajah dan perjuangan menuntut Merdeka.

Cikgu Hashim mula bergiat aktif dalam perjuangan membebaskan tanah air dari penjajah ketika berusia 23 tahun.




Thus Article Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Itulah artikel Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/pejuang-kemerdekaan-hashim-said.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia"

Catat Ulasan

Loading...