Loading...

(PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi

Loading...
(PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi
link : (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi

Baca juga


(PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi


ISTILAH KAFIR HARBI

Oleh: Ustaz Hj Mohd Hazizi Bin Ab Rahman

Istilah kafir harbi digunakan oleh para ulama zaman silam bagi kategori orang-orang kafir yang memerangi negara umat Islam.

Negara-negara kafir yang memerangi negara Islam pula dipanggil Dar Harb atau negara harbi. Hubungan dengan mereka ialah hubungan peperangan. Darah mereka halal ditumpahkan.

Kini terdapat beberapa orang tokoh populis di negara ini yang mengatakan bahawa kategori kafir harbi sudah tidak sesuai digunakan, memandangkan situasi kenegaraan yang sudah berubah.

Kini umat Islam boleh hidup aman damai di negara orang kafir dan begitu juga sebaliknya terdapat orang kafir yang hidup sebagai warganegara yang sah dalam negara umat Islam.

Orang kafir yang lantang menentang undang-undang syariah dan komited dalam perjuangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, tidak boleh dipanggil harbi, kerana yang demikian itu akan menghalalkan darah mereka. Begitu kata tokoh populis itu ketika menyanggah kenyataan seorang mufti yang menggelarkan DAP sebagai harbi.

Sebenarnya, jika kita teliti dan analisis mesej al-Quran, memang orang kafir itu terbahagi kepada dua; harbi dan zimmi. Gunalah istilah apa sekalipun, ia tidak lari daripada dua kategori; yang memerangi dan yang tidak memerangi.

Analisis terhadap isi al-Quran juga memberikan kita kefahaman (fiqh) bahawa peperangan dengan kafir harbi ini dalam dua bentuk; perang fizikal dan perang pemikiran.

Serangan fizikal daripada kafir harbi hendaklah dibalas dengan serangan fizikal. Serangan pemikiran kafir harbi hendaklah dibalas dengan serangan pemikiran juga.

Kaedah serangan balas yang serupa ini berdasarkan analisis keseluruhan al-Quran dan Seerah Rasulullah S.A.W. Salah satu dalil yang secara langsung menyentuh isu ini ialah Surah al-Baqarah ayat 194, "Maka sesiapa yang mencerobohi kamu maka cerobohilah mereka sama seperti pencerobohan mereka ke atas kamu".

Oleh sebab itu, kesimpulan tokoh populis itu yang mengatakan bahawa istilah kafir harbi ke atas DAP membawa kepada implikasi menumpahkan darah mereka adalah kesimpulan yang amat dangkal. Sanggahannya terhadap mufti juga adalah sanggahan yang dangkal juga.

Hakikatnya, orang-orang kafir yang menggunakan pentas politik dan gerakan masyarakat sivil (NGO) untuk memerangi usaha mendaulatkan Islam sebagai agama negara ini adalah kafir harbi. Kita mesti memerangi mereka, atas pentas politik dan gerakan masyarakat sivil juga.

Dan pada hari ini, gerakan harbi ini bukan setakat DAP, bahkan MCA, Gerakan dan seumpamanya telah bersuara lantang menentang sebarang usaha mendaulatkan undang-undang syariah di negara ini, walaupun undang-undang itu tidak menyentuh orang kafir di negara ini. Betapa busuknya hati mereka memerangi Islam.

Malah kebusukan itu turut membusukkan hati sesetengah manusia yang mendakwa diri mereka sebagai muslim.

Perang pemikiran memerlukan kekuatan media, pendidikan berterusan, kempen, solidariti, persepakatan sesama umat Islam dan lain-lain. Pendekatan apologetik atas nama rahmah hanyalah satu pengkhianatan di depan serangan bertubi-tubi puak-puak harbi ini.

Firman Allah Taala dalam Surah al-Furqan ayat 52, yang bermaksud, "Dan berjihadlah ke atas mereka dengannya (al-Quran) dengan jihad yang besar".

Ayat ini diturunkan di Mekah, ketika perang fizikal belum difardhukan. Allah Taala mengarahkan Rasulullah S.A.W. berjihad melawan serangan harbi Mekah dengan hujah-hujah al-Quran.

Itulah kewajiban kita sekarang di bumi Malaysia. Adapun memberi pentas kepada mereka untuk bersuara menentang Islam adalah satu pengkhianatan.

DAP sudah jelas menentang, begitu juga MCA. Tetapi orang politik Melayu kita masih lagi memberi pentas kepada mereka untuk mendapatkan sokongan undi orang Melayu. Undi orang Islam.

Jelas sekali orang-orang Melayu ini memeterai hubungan politik bukan lagi atas dasar agama, tetapi atas kepentingan sempit kepartian. Menangkan parti walaupun maruah agama tergadai.


Thus Article (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi

Itulah artikel (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/pas-keliru-ustaz-hazizi-mca-gerakan-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(PAS KELIRU) Ustaz Hazizi: MCA, GERAKAN, DAP semua Kafir Harbi"

Catat Ulasan

Loading...