Loading...

Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran

Loading...
Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran
link : Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran

Baca juga


Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran


ULASAN | Mutakhir ini banyak kita dapati kes jenayah melibatkan individu yang memegang pingat kebesaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya.
Senario ini agak membimbangkan. Ia boleh menyebabkan penerima pingat kebesaran tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Keadaan ini juga serba sedikit boleh menjejaskan reputasi baik institusi beraja itu sendiri.
Saya berpendapat sudah tiba masanya satu undang-undang khusus perlu digubal untuk mempastikan hanya individu yang benar-benar layak saja dicadangkan untuk dianugerahkan pingat kebesaran oleh sultan, raja mahupun yang dipertuan negeri (YDN).
Kelayakan tersebut perlulah melihat kepada kriteria-kriteria khusus iaitu sejauh manakah sumbangan sebenar penerima kepada masyarakat, agama bangsa dan negara.
Elok juga dapat ditetapkan satu had umur minimum seseorang untuk layak dianugerahkan pingat kebesaran. Misalnya berumur 45 tahun ke atas - melainkan beliau dengan jelas memberikan sumbangan yang tidak dapat dipertikaikan terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Dicadangkan juga satu jawatankuasa bebas di peringkat negeri atau persekutuan dibentuk bagi melihat, menapis, mempertimbangkan dan seterusnya mencadangkan nama-nama penerima pingat kepada sultan, raja atau YDN.
Ini bertujuan untuk mempastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja dianugerahkan pingat kebesaran demi menjaga kualiti penerima pingat-pingat tersebut.
Selain daripada itu dicadangkan seandainya penerima pingat kebesaran ini disiasat atau didakwa terlibat dengan sesuatu jenayah, pingat dan gelaran tersebut secara otomatik digantung buat sementara waktu.
Sekiranya diputuskan bersalah oleh mahkamah, pingat tersebut akan dilucutkan secara automatik dan hendaklah dikembalikan.
Walaupun segala urusan penganugerahan pingat kebesaran ini adalah di bawah bidang kuasa sultan, raja dan YDN, kerajaan boleh menggubal undang-undang tertentu sebagai garis panduan untuk mempastikan hanya orang yang benar-benar layak dan bebas daripada jenayah menerima memegang pingat kebesaran tersebut.
Pingat kebesaran tidak patut dijadikan sebagai 'modal' untuk seseorang melakukan apa saja sehingga sanggup melanggar undang-undang negara. Sebaliknya ia wajar dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan orang lain untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR ialah peguam bela dan peguam cara, serta pengasas dan mantan presiden HartaGuam.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis



Thus Article Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran

Itulah artikel Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/gubal-peraturan-anugerah-pingat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran"

Catat Ulasan

Loading...