Loading...
Tajuk : Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis
link : Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis
Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis
Mohd Asri Zainul Abidin membuat peringatan itu kepada ahli politik semasa berkempen dalam PRU akan datang.
KANGAR: Para pemimpin politik dinasihatkan menghindari amalan memaki hamun semasa berkempen dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang membuat peringatan itu berkata amalan berkenaan dilarang oleh Islam apatah lagi orang yang dimaki itu hanya musuh politik.
Beliau menyatàkan demikian pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi malam tadi.
“Contohilah amalan Nabi Muhammad yang tidak pernah sama sekali memaki hamun orang yang menentang baginda semasa berdakwah,” katanya.
Mohd Asri berkata terdapat hadis mengisahkan Nabi Muhammad memarahi isteri baginda, Aishah kerana membalas salam seorang bangsa Yahudi yang membawa maksud tidak baik dan tidak melambangkan keindahan ajaran Islam.
Beliau kesal kerana segelintir pemimpin parti politik di negara ini memulakan ceramah dengan memberi salam tetapi sepanjang ceramah dipenuhi dengan maki hamun dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap musuh politik parti mereka.
Thus Article Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis
Itulah artikel Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/elak-kempen-politik-maki-hamun-kata.html
0 Response to "Elak kempen politik maki hamun, kata mufti Perlis"
Catat Ulasan