Loading...
Tajuk : Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun
link : Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun
Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun
Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Jika hendak diamati, sebenarnya Pakatan Harapan boleh menamakan sesiapa sahaja pemimpin muda sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika ia memenangi Pilihanraya Umum ke-14.
Keserasian sudah ada di antara ketiga-tiga parti sehinggalah DAP memilih untuk meneroka jalan pintas untuk merangkul kuasa dengan skim “menggunakan” aura mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan calon perdana menteri, jika menang.
Meskipun masih belum berjaya sepenuhnya, namun Pakatan Rakyat menampilkan barisan yang lebih kuat daripada 2008 dan “mencemaskan” Umno-BN dengan mencetuskan idea tsunami Cinanya. DAP sokong PAS, dan PKR. Begitu juga sebaliknya dengan PAS dan PKR.
Ini namanya perpaduan. Maknanya tanpa Tun Dr Mahathir pun, Pakatan Rakyat ketika itu mampu membentuk pakatan yang mengerikan BN. Seharusnya kini kebimbangan ini susah menjadi igauan bagi Umno-BN.
Bagaimanapun Pakatan baru – DAP, PKR, PPBM dan Amanah – mula bermimpi besar dan dihasut rasa tamak. Ia mahu mencatat kemenangan terbesar dengan meletakkan bekas musuh terbesar mereka – Mahathir Mohamad – mengepalai pakatan mereka.
Pada PRU 13, PH menang bergaya dan bersejarah. Anehnya untuk PRU14 mereka mahu Mahathir yang mempunyai rekod Perdana Menteri yang berkhidmat paling lama dan paling berjaya... membenamkan mereka sebagai bakal calon Ketua mereka.
Keperitan lama diketepikan. Ia bermula dengan DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur dengan menuduh PAS dingin terhadap inisiatif DAP. Ini mendorong PAS bertindak balas mengikis nama DAP dari senarai rakannya.
Pakatan berkenaan kemudian menyambut satu lagi kumpulan serpihan Umno yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai kerabatnya.
Teras alasan kerjasama baru ini ialah Malaysia kini berhadapan kerajaan kleptokrasi – mencuri harta rakyat. DAP melihat ini sebagai peluang memperkukuhkan barisan pembangkang.
Namun jika diamati, apabila diberi peluang memerintah Selangor dan Pulau Pinang tidak sampai sepuluh tahun, mereka (DAP dan PKR) sendiri terpalit dengan ketirisan yang memeranjatkan.
Isu Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam pembelian rumah sendiri di bawah harga pasaran dan pembinaan terowong dasar laut RM 8 bilion masih belum selesai
PKR yang menghadapi musibah Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara kerana kesalahan liwat, menurut sahaja inisiatif DAP ini dan bersetuju kerana Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail digula-gulakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika menang PRU 14.
Namun agak aneh bagaimanakah mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir, tidak sedar bahawa beliau “digunakan” oleh PH yang kini terbukti sudah gagal untuk mengenalpasti siapakah pemimpin yang layak diangkat menjadi Perdana Menteri jika PH menang PRU14?
Atau, adakah sebaliknya Mahathir mungkin berusaha menduduki kerusi calon Perdama Menteri itu untuk mengisi agenda sendiri? Menjadi perdana menteri sekali lagi boleh mengizinkannya “membetulkan” kesilapan dan dosa pentadbiran lama.
Kepincangan serta kazaliman dasar pengswastaan yang menghadiahkan “beban ekonomi di bahu rakyat” sehingga sekarang adalah satu daripadanya.
Projek lebuhraya bertol, MAS dan juga skim pembekalan kuasa bebas (IPP) mewajibkan kadar lebih tinggi yang perlu dibayar rakyat. Harga kedua-dua perkhidmatan ini tidak akan turun. Ini kemungkaran ekonomi terbesar Mahathir terhadap rakyat.
Malah jika dicermati, inisiatif menamakan Mahathir sebagai calon PM sebenarnya menyempitkan dan mengkaburkan kegemilangan kerjaya politik Mahathir sendiri. Ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan akan syaksiah politik Mahathir
Soalnya, berapa banyakkah yang beliau boleh lakukan untuk menyambung impian reformasi Anwar Ibrahim? Tidakkah Mahathir sedar beliau akan digelar Perdana Menteri paling singkat perkhidmatannya kerana Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun tahun ini?
Seberapa cepatkah beliau akan mengusahakan pembebasan dan mendapatkan pengampunan Anwar dan kemudian menyerahkan jawatan itu pada Ketua Umum PH itu?
Atau, apakah tidak ada kemungkinan Mahathir kini melayan pengetahuan bahawa agak mustahil Anwar memperolehi pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi melangkaui “iddah politik” selama lima tahun selepas dibebaskan?
Jika itu berlaku, agak mustahil bagi Anwar bergiat dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang dianggarkan berlangsung pada 2023 sekalipun..
Ketika itu, Mahathir mungkin yakin, pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Amanah yang diberi kerusi empuk menteri dan sebagainya akan “keberatan” untuk memprotes kelewatan itu. Maka peluang beliau menjadi ‘perdana menteri sampai mati’ adalah besar.
Pemikir dan strategis PH kini letih. Sudah lebih 20 tahun berjuang mengalahkan Umno. Namun menang belum tentu. Justeru mereka boleh sahaja menggunakan alasan bahawa Mahathir yang pernah dianggap Maha Firaun itu sudah dijinakkan untuk membunuh Umno!
Mahathir dan PH ada muslihat masing-masing. Jika mereka benar dan jujur mengapa tidak dinamakan Azmin Ali, atau Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, sebagai calon Perdana Menteri, misalnya?
Jika mereka atau pemimpin muda lain dicalonkan untuk memimpin negara di bawah nasihat Mahathir pasti ia menggambarkan PH sebagai pakatan yang serius dalam perjuangannya dan usaha itu bukan satu konspirasi politik tidak berkesudahan.
Bukanlah hendak dirumuskan bahawa strategi PH silap. Bagaimanapun ia menyimpulkan bahawa politik PH masih ditudungi oleh pelbagai konspirasi dan cemburu yang mudah menimbulkan keraguan rakyat terhadapnya.
Malaikatkah Anwar tidak menaruh waham bahawa Mahathir akan mengotakan janjinya mahu menjadi perdana menteri paling singkat khidmatnya. Mahathir boleh mengambil ‘jalan lurus’ dengan menasihati Seri Paduka Baginda, ‘Raja usah mencampuri politik’.
Lantaran itu Mahathir yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara sahaja akan berpeluang melanjutkan perkhidmatannya hingga menjangkau lima tahun.
Kepada PH, Mahathir boleh berkata, kelewatan pemindahan kuasa adalah masalah teknikal, sementara kepada Raja pula beliau boleh menasihati usah campuri ehwal politik demi memelihara integriti mereka.
Itu bukan perkara mustahil dan janggal buat Mahathir. Bukankah beliau pakar U-turn.
Thus Article Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun
Itulah artikel Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/bukan-mustahil-dr-m-jadi-pm-sementara.html
0 Response to "Bukan mustahil Dr M jadi PM 'sementara' lima tahun"
Catat Ulasan