Loading...

BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

Loading...
BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14
link : BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

Baca juga


BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

THE MALAYSIAN TIMES
 


JOHOR BAHRU :  Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan tokoh setempat yang fokus berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar untuk memastikan kemenangan parti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menegaskan perkara itu berkata ini berikutan calon setempat lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk kerana setiap kawasan berdepan cabaran berbeza.

Beliau berkata ini berbeza dengan  pendekatan parti pembangkang yang tidak kisah meletakkan calon dari luar untuk bertanding  asalkan  kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tambah memeritkan lagi, setelah memenangi kerusi ditandingi, wakil rakyat pembangkang itu  kemudiannya hanya pandai membangkitkan isu-isu berkaitan negara sahaja dan melupakan khidmatnya  kepada masyarakat setempat.

“Ini bermakna daripada awal lagi, (pembangkang) sudah beritahu kepada masyarakat setempat bahawa orang (calon) yang bertanding sememangnya tiada niat hendak bersama-sama dengan masyarakat  pada setiap masa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata  BN sentiasa memastikan calon yang dipilih merupakan yang terbaik untuk berkhidmat  kepada rakyat dan sehubungan itu berharap rakyat mengundi calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor merasmikan majlis penyerahan  Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang, di Taman Scientex, di sini.

Program Subsidi Tambang Bas Sekolah inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu memanfaatkan seramai 800 pelajar daripada lebih 600 keluarga pada tahun ini.

Mereka merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah dan sebanyak RM141,956 diperuntukkan oleh YPG bagi menjayakan program itu tahun ini.
— BERNAMA



Thus Article BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

Itulah artikel BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/bn-johor-pilih-calon-setempat-untuk-pru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14"

Catat Ulasan

Loading...