Loading...

Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat

Loading...
Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat
link : Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat

Baca juga


Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum melakukan tindakan susulan berhubung isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti itu di Selangor.
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Berita Harian berkata, mereka masih bersikap optimis walaupun Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri, bahawa peruntukan kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan.
 
Tambah Tuan Ibrahim, mereka tetap berpegang kepada kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali bahawa proses menyalurkan peruntukan sedang berjalan.
 
"Saya masih percaya peruntukan itu tidak dipotong sebagaimana yang diuar-uarkan. Kenyataan dikeluarkan Azmin bahawa perlu masa kerana awal tahun dan proses sedang berjalan.
 
"Kita akan tunggu dan lihat. Kenyataan awal semua ADUN termasuk dari BN (Barisan Nasional) juga diberi," katanya.
 
Ujar Tuan Ibrahim, secara logiknya jika Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sanggup memberi peruntukan kepada wakil rakyat BN, sudah tentu wakil rakyat PAS akan turut diberikan kemudahan itu.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya akan meminta Azmin mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS telah disekat.
 
Sallehen juga tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.
 
Azmin sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.
 
 


Thus Article Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat

Itulah artikel Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/beku-peruntukan-pas-tunggu-dan-lihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beku peruntukan: PAS tunggu dan lihat"

Catat Ulasan

Loading...