Loading...

Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis

Loading...
Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis
link : Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis

Baca juga


Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis

 
Chandra Muzaffar merujuk langkah demokrasi yang dijanjikan PH dan kesedaran politik orang ramai sejak zaman kegemilangan Dr Mahathir.


chandra-mahathir

PETALING JAYA: Aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar yakin ada langkah cukup untuk menghalang kebangkitan autokrasi Mahathirian, jika bekas perdana menteri itu dilantik sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Chandra yang juga presiden Pergerakan Antarabangsa bagi Dunia Adil, merujuk langkah pendemokrasian yang dijanjikan PH dan kesedaran politik orang ramai sejak zaman kegemilangan Dr Mahathir.

“Hari ini, dibandingkan dengan 1980-an dan 1990-an, rakyat lebih sedar tentang akauntabiliti, ketelusan, hak demokratik dan kebebasan serta kepentingan menghormati perbezaan pendapat,” katanya.

Beliau turut membangkitkan pengumuman PH untuk memberi kuasa kepada Parlimen bagi melantik individu yang mengetuai pasukan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Peguam Negara dan institusi penting lain.

“Institusi ini akan diberi keutamaan lebih besar dan diperkukuhkan apabila mereka bebas dan berautonomi.

“Apabila anda mempunyai institusi bebas dan berautonomi, apabila anda memberi mereka perisai perlindungan, anda meletakkan pengawasan ke atas kuasa eksekutif.

“Oleh itu, tidak mungkin Dr Mahathir dapat menggunakan kuasa seperti yang pernah dilakukannya pada masa lalu,” katanya.

Chandra berkata demikian selepas pengumuman PH memilih Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

Pengumuman yang dibuat pada konvensyen tahunan gabungan 4 parti pembangkang itu Ahad lalu, dihujani kritikan daripada parti pemerintah dan pembangkang lain.

Sebagai contoh, Sangeet Kaur Deo, ahli DAP yang juga anak perempuan bekas pemimpin Karpal Singh, membidas keputusan itu sebagai tanda kelahiran semula amalan Mahathirisme.

Chandra berkata, istilah Mahathirisme difahami dalam cara berlainan oleh orang berbeza.

“Ia dicipta penganalisis pada 1990-an untuk menggambarkan kecenderungan ke arah autoritarianisme dan kurangnya penghormatan terhadap perbezaan pendapat.

“Tetapi, dari sudut positif, orang kata Mahathirisme juga bermakna penekanan kuat terhadap pembangunan dan ekonomi.”

Sejarawan terkemuka, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim mendapati sukar meramalkan sama ada kemunculan semula Dr Mahathir di pejabat Perdana Menteri bermakna kemunculan semula Mahathirisme.

“Mahathirisme membuahkan hasil kerana Dr Mahathir lelaki yang sangat bijak yang menabur banyak janji kepada rakyat dan mereka percaya kepadanya.

“Tiada cara untuk mengetahui sama ada Mahathirisme akan muncul semula sehingga ia berlaku,” katanya.



Thus Article Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis

Itulah artikel Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/ada-perlindungan-cukup-halang-autokrasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada perlindungan cukup halang autokrasi Mahathirian, kata aktivis"

Catat Ulasan

Loading...