Loading...
Tajuk : Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan…
link : Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan…
Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan…
AKSI seorang remaja yang dirakam ‘bergayut’ sebelum terjun dari bangunan kediamannya telah mencetuskan reaksi pelbagai daripada netizen.
Pengguna Facebook yang memuat naik rakaman video di laman Facebook, Akhtar Syamir mendakwa kejadian itu berlaku pada awal tengah gari hari ini di sebuah pangsapuri di Puchong, Selangor.
Menurut Akhtar, remaja berkenaan pada mulanya dikatakan turun dari kediaman ibu bapanya dari tingkat empat, namun kejadian itu tidak sempat dirakam dari awal.
Menerusi rakaman amatur, remaja terbabit berjaya dilihat berpaut di hujung bahagian tingkap kediaman tingkat tiga, sambil memerhatikan keadaan di bawah.
Dia kemudiannya terjun dari tingkat berkenaan tanpa mengalami sebarang kecerderaan.
Difahamkan, ini bukan pertama kali remaja terbabit memanjat bangunan berkenaan.
Sementara itu netizen tidak menolak kemungkinan remaja terbabit keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya.
“Aksi berani mati. Ini mesti keluar dari rumah senyap-senyap, parent (ibu bapa) tak tahu. Seriau (cemas) tengok dia terjun,” kata Yus Zainor.
Bagaimanapun Akhtar memberitahu dia tidak ingin mendedahkan mengapa remaja berkenaan bertindak demikian kerana ingin menjaga aib ibu bapa kepada kanak-kanak hyperktif terbabit. - MYNEWSHUB.CC
Thus Article Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan…
Itulah artikel Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/video-budak-hyper-terjun-dari-tingkat-3.html
0 Response to "Video: Budak Hyper Terjun Dari Tingkat 3 Bangunan…"
Catat Ulasan